Header Ads

ads header

Flash News

Saya tak masuk campur urusan Anwar dan PKR kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah masuk campur dalam urusan dalaman PKR.

Ia berikutan kewujudan rakaman suara mirip ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengkritik keras timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mahathir.

“Adakah anda lihat saya bercakap buruk mengenai Anwar atau Azmin atau orang lain?Ini parti mereka, saya tak campur tangan,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata tidak tahu tentang kewujudan rakaman itu.

“Saya tak tahu, saya tak dengar. Dia tak pernah kata pun,” katanya yang juga pengerusi BERSATU.

Menurut laporan Malaysiakini hari ini, ada tiga rakaman pendek kurang 10 saat - dikatakan suara Anwar - yang antara lain menyifatkan Azmin sebagai "barua Mahathir".

Selain itu, suara dalam rakaman itu juga berkata dia menyuruh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melawan Azmin dalam pemilihan akan datang, serta mengkritik Mahathir kerana melantik diri sendiri sebagai pengerusi Khazanah Nasional.

Pemilihan PKR dijadual bermula beberapa minggu lagi dan Azmin masih belum memutuskan sama ada akan mempertahankan kerusi timbalan presiden atau mencabar Anwar bagi jawatan presiden.

Bagaimanapun pemimpin PKR - antaranya Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Tian Chua - berkata rakaman tersebut palsu.

'Bukan dapat gaji RM7 juta'

Azmin juga berkata beliau belum mendengar rakaman itu dan malah tidak tahu tentang perkara itu.

"Saya belum dengar, belum tengok. Saya tak tahu," katanya kepada pemberita.

Berhubung pelantikan Mahathir dan Azmin dalam lembaga pengarah Khazanah, anggota parlimen Langkawi itu berkata mereka mahu mengubah Khazanah dan mengembalikannya ke landasan betul

Kita cuba mengubah Khazanah agar menumpukan kepada beberapa perkara, kebanyakannya saya tahu dan pernah terlibat. Malah saya yang mulakan Khazanah.

“Apa masalah saya jadi pengerusi?Saya bukan jadi Ketua Pegawai Eksekutif, bukan saya yang akan dapat dan dibayar RM7 juta,” katanya lagi.


MR : Ini tanda-tanda awal Anwar akan "disembelih" kali kedua. Masa itu kita akan lihat DAP akan berpaut kepada siapa....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


6 ulasan:

  1. Kini fitnah rakaman suara jatuh ke btg hidung PH blk..dulu dok fitnah rakaman suara Ustz Nik Abduh..

    BalasPadam
  2. Jika Tiada Angin, Masakan Pokok Bergoyang ! KERAjaan mesti menyiasat towkay audio yang pernah menerbitkan audio palsu untuk menfitnah N Abduh.

    BalasPadam
  3. Selain siapa yang akan berpaut pada siapa, kita juga nak tengok siapa yang akan jadi lalang ditiup angin yang mana arah lalang itu rebah berubah2 ikut hala tiupan angin.

    BalasPadam
  4. A pakatan's secret is becoming public and the pakatan's shit is about to hit the fan !

    BalasPadam
  5. Syukur PAS di luar PH, semoga Allah selamt kan umat islam

    BalasPadam
  6. Apa yang pkr dgn dap cuba pelingkup pas dulu akan kena semula ke parti depa.pan-dap?dh kena laknat dah sebab langgar sumpah baiah.jd buat2 tak tau je dgn pan-dap ni.ppbm? Mahathir arwah nanti kita akan tgk warlord2 ppbm berperang.sadiq sigaraga?akan terpelanting sebab dia tak ada akar umbi pun trus nanti ke jawatan tertinggi.

    BalasPadam