Header Ads

ads header

Flash News

PRK Sg Kandis: PAS sebelah pembangkang


HUJUNG kuku telunjuk kiri saya masih hitam celupan dakwat pada PRU 9 Mei lalu. Pada hari membuang undi PRK Sungai Kandis 4 Ogos ini baki kuku berdakwat itu belum habis. Bahkan pada 9 Ogos nanti ada lagi dakwat itu.

Keperluan jari didakwat bagi mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali pada pengundian itu. Dakwat itu tdak akan padam dalam masa 24 jam seperti pengundian pada PRU13 dulu.

Apa kimia yang SPR guna hingga tiga bulan kuku telunjuk kiri berdakwat lagi. Jika SPR guna warna merah nescaya ia seperti berinai. Mahu saya syorkan guna dakwat merah pula jika tidak berinai dilarang bagi laki-laki kecuali rambut. Setiap yang dilarang berdosa.

Belum habis kuku berdakwat, pengundi Sungai Kandis akan mencelup jari ke botol dakwat lagi. Mungkin hingga awal November kuku orang Sungai Kandis berdakwat lagi.

Maka Majlis Syura Ulamak PAS, untuk PRK itu PAS hanya menyertainya jika satu lawan satu. Jika tiga penjuru PAS mengundi saja. Keputusan itu dipercayai berubah jika PRK itu di Kelantan, Kedah dan Terengganu atau di mana-mana kerusi yang ‘berwaibikan’ PAS. Di situ sepuluh penjuru PAS tetap lawan.

Bila PAS tidak bertanding, ada juga yang latah mengapa PAS tidak bertanding. Biarlah yang latah itu bukan orang PAS yang mungkin tidak berpolitik matang. Tapi orang PAS ada yang sama latah. Dua tiga kerat yang gatal lidah termasuk yang jadi Exco dan berjawatan tinggi parti diserang sindrom penafian.

Biar Presiden atau Timbalannya atau Setiausaha Agung sekali saja membuat penjelasan, mengapa tidak bertanding atau sudah beradik beradik dengan Umno/BN. Katakan saja kebarangkalian itu tidak berbangkit dan selepas itu diam.

Seru saja orang PAS mengundi! Untuk mengundi siapa? Macam yang 60 tahun lalu sentiasa bersama pembangkang kecuali sekali ia bertahaluf dengan BN pada PRU 1974.

Katakan satu saja. Ia tidak bertanding justeru ia sebahagian dari kaedah politik matang dan sejahtera. Tidak bertanding kali ini justeru matang. Tidak gatal lidah kerana matang. Tidak dilanda sindrom penafian kerana matang.

Kata-kata hikmat yang PAS masyhurkan di ambang PRU14, politik matang dan sejahtera, sudah diulang sebut oleh politikus di luar PAS baik yang tumbang mahupun yang baru tegak. Ia seolah-olah kebijaksanaan PAS sudah jangkit keluar. Tidak mungkinkah ia isyarat awal PAS itu parti masa depan Malaysia. Amin!

Pada pasca PRU14 ini banyak cakap dan gatal lidah menjadikan PAS tidak dilihat dewasa. PAS mesti akui, ia cukup dikelirukan dari kiri kanan dan dari depan belakang. Dalam semua isu ia dikelirukan. Ia amat tidak elok bagi PAS. Kesan kekeliruan itu PAS dapat 18 Parlimen saja dan menguasai dua kerajaan negeri saja.

Jika bukan gara-gara mengelirukan itu ia dipercayai dapat lebih baik dari PRU13 yang tidak bersendirian itu.

Sekarang masa PAS keluar dari kekeliruan itu. Jangan gatal lidah hingga menambah lagi kekeliruan dulu. Banyak cakap mengaitkan hubungan dengan Umno dan PH tidak disukai orang. Kikis lidah yang gatal orang tidak marah lagi dan tidak keliru lagi.

Tidak sertai PRK Sungai Kandis kerana dakwat belum habis padam dan sebahagian dari program matang dan sejahtera. Katakan kepada semua, PAS sentiasa bersama pembangkang.

SUBKY LATIF


MR : Pejuangan Islam ada kaedah dan caranya.. ada yang cuba mengelirukan dengan sikap semasa PAS, kebodohan memahami uslud dakwah menyebabkan ada yang sanggup fitnah dan membuat dakwaan palsu sedangkan mereka ini cukup memahami dosa sikap buruk fitnah berkenaan, tapi nafsu mengatasi segala-galanya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


6 ulasan:


  1. Keputusan rasmi PRK Sungai Kandis telah pun di umumkan dan seperti yang telah di jangka PKR telah memenangi dengan majoriti yang lebih rendah dari pru dulu..

    Tetapi apa yang lebih penting bagi pembangkang adalah untuk melihat samada kerja sama antara BN dab PAS dapat di terjemahkan dalam bentuk undi....Dan memang telah berjaya....semua penyokong2 PAS nampaknya telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan mengundi BN, terima masih kepada semua ahli Dan penyokong PAS.

    Ini dapat dibuktikan dengan melihat pencapaian BN dalam PRU lepas, BN hanya mendapat 47% umdi sahaja dari apa yang di perolehi oleh PKR (11 ribu/23 ribu)... Tetapi dalam PRK ini BN mendapat 60% undi dari apa yang PKR dapat (9 ribu/15 ribu) bermakna yang lebih itu sebanyak 13% mistilah datang dari penyokong PAS yang mengundi BN.

    Ini menunjukkan kerjasama tersebut telah berjaya di wujudkan walau pun kerjasama itu hanya baru bebera hari saja di cadangkan.

    Dalam pru lepas ada lebih daripada
    20 kawasan Parlimen yang di menangi oleh PKR sebenarnya boleh di menangi oleh BN/PAS kerana jumlah undi kedua2 BN dan PAS adalah melebihi dari undi yang yang di dapati oleh PKR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudara atas penulisan di atas. Memang tidak logik akal jikalau UMNO terus menang di kawasan ini kerana ia merupakan kubu kuat PKR sejak 2008 lagi.

      Oleh itu , keputusan ini memang dijangkakan dan apa yang menarik adalah peningkatan peratus sokongan terhadap UMNO.

      Nampaknya PKR akan terus bergembira ilusi sokongan rakyat. Mereka akan terus-menerus menyerang institusi agama dan bangsa Melayu. Memang hendak dijadikan As -Sebab untuk mereka terus menjadi angkuh dan sombong.

      Padam
  2. Kita ucapkan tahniah kepada UMNO dan parti Islam PAS kerana berjaya mengurangkan majoriti PKR (PH) dalam PRK terbaru di Sg Kandis.

    Ini adalah petanda yang tidak baik bagi PH dan petanda yang baik untuk kerjasama PAS-UMNO untuk mengurangkan majoriti pakatan dan seterusnya mengalahkan pakatan dalam PRK, PRN dan PRU15.

    Mohd. Zawawi hanya memperolehi majoriti 5,842 undi, jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu iaitu 12,480 undi.

    Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam memperoleh 9,585 undi manakala calon Bebas, K.Murthy mendapat 97 undi.

    BalasPadam
  3. Takpa kt biar PH riak dgn kemenangan ni..PH jgn lupa & sombong kerana kuasa Allah akan beri kemenangan pd sesiapa yg Allah kehendaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tanggapan saudara.
      Mereka tidak akan menganalisa keputusan ini tetapi akan terus berilusi dan berimaginasi tentang sokongan rakyat. Tambahan pula 100 hari belum sampai lagi. Oleh itu ramai yang masih menaruh harapan dan belum sedar dari lamunan.

      Kita lihat apa akan jadi apabila SST sampai yang akan menyaksikan kenaikan harga minyak dan harga barang mendadak ..... pada masa itu kamu lihatlah pola sokongan rakyat kepada UMNO dan PAS.


      Bila ribut nak datang mesti ada kepulan awan dahulu.... dia tak datang terus....

      Padam
    2. oklah tu..biasa nya hero kalah dulu..klu org jahat mampus cerita cepat tamat..hahaha

      Padam