Header Ads

ads header

Flash News

Persekongkolan dengan IRI suatu yang mengaibkan negara


Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni mengingatkan parti politik, tidak kira kerajaan dan pembangkang supaya kembali mempraktikkan konsep wala’ dan bara’ berlandaskan politik Islam.

Beliau berkata, kedaulatan negara khususnya umat Islam di Malaysia tidak akan terancam seperti sekarang, jika ahli politik di negara ini disiplin dalam mempraktikkan dua konsep itu di landasan yang betul.

“Kalaulah ahli politik Malaysia berdisiplin di dalam wala’ (kesetian kepada umat Islam) dan bara’ (tidak mendedahkan kelemahan umat Islam kepada bukan Islam, serta berpakat menjatuhkan umat Islam), maka tidaklah terjadi seperti yang berlaku sekarang,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau meluahkan rasa kesal terhadap kerajaan sekarang, yang didakwa ‘bersekongkol’ dengan Institut Republikan Antarabangsa (IRI), sebuah badan pemikir Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2002.

Katanya, kekuatan dalam umat Islam sudah memadai untuk membangunkan negara, tanpa perlu merujuk atau meminta campur tangan pihak asing untuk memberikan rundingan, bahkan sehingga terhutang budi apabila menerima dana.

IRI sebelum ini mendakwa, bahawa usahanya di Malaysia telah membuahkan hasil melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dan ia menguntungkan AS daripada segi saingannya dengan China ketika ini.

Pengakuan itu dibuat Presiden IRI, Daniel Twining dalam sebuah forum anjuran Center for Strategic & International Studies (CSIS), bulan lalu memberitahu, Washington mendapat manfaat daripada kerajaan baharu Putrajaya sejak mula lagi.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan beberapa pemimpin PH termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Nurul Izzah sebelum ini mendakwa, kerjasama antara PH dan IRI hanyalah setakat latihan kepimpinan dwipartisan, dan mengaitkan Barisan Nasional (BN) serta Gerakan menerima latihan sama.

Muhammad Fauzi berkata, sejarah membuktikan bahawa tiada negara Islam yang gagal kerana kekuatan musuh, sebaliknya sikap ketidaksetiaan ahli politik meminta pertolongan daripada pihak asing untuk menumbangkan pesaingnya, adalah punca kejatuhan berlaku.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan