Header Ads

ads header

Flash News

Lelong Equanimity: Helah tutup kesilapan, kata Jho Low



PETALING JAYA: Ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho hari ini menempelak Putrajaya berhubung permohonan mahkamah untuk menjual kapal layar mewah Equanimity, dam menyifatkannya sebagai percubaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatasi masalah yang timbul akibat merampas vesel berharga RM1 bilion itu.

Dalam kenyataan dikeluarkan melalui peguam beliau, Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low berkata, kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini bersedia membayar kos penyelenggaraan kapallayar mewah itu sementara menunggu prosiding mahkamah selesai

Bagaimanapun kata beliau, “pasukan Mahathir” telah “menaiki kapal itu secara haram dan membawanya ke Malaysia”.

“Helah publisiti bermotif politik beliau bagi memulihkan imej rejimnya yang rapuh itu ternyata memakan diri,” katanya. “Beliau kini sedar kos selenggara kapal layar itu mencecah angka jutaan ringgit, jadi satu-satunya pilihan yang beliau ada ialah melelong kapal itu secara paksa, dan pastilah pada harga diskaun yang besar.”

Low, yang menuduh Dr Mahathir memaksakan beban kewangan tidak perlu ke atas Putrajaya, berkata hampir pasti mana-mana bidaan yang diterima adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran berpatutan untuk kapal layar itu.

Dilaporkan semalam 1MDB Global Investments Ltd, 1MDB Energy Holdings Ltd, 1MDB dan kerajaan Malaysia memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menjual kapal layar mewah itu sama ada melalui lelongan awam atau triti persendirian.

Berdasarkan dokumen mahkamah permohonan jualan itu dibuat kerana kos penyelenggaraan vesel tersebut yang tinggi.

Plaintif juga memfailkan permohonan perisytiharan bahawa mereka merupakan pemilik kapal layar itu kerana ia dibeli dengan menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Mereka juga memohon perintah untuk menjual kapal layar tersebut dan hasil jualannya diserahkan kepada pemiliknya yang sah selepas mahkamah membuat perisytiharan.

Equanimity (Cayman) Ltd berkata, tindakan Malaysia merampas kapal layar itu dan cadangan “melelongnya” akan menjatuhkan harga jualan potensinya dengan teruk.

“Oleh sebab Malaysia kelihatan tidak mempunyai atau tidak mahu membelanjakan wang yang perlu untuk menyelenggara kapal layar itu bagi membolehkannya dijual dengan harga terbaik, Malaysia sebaliknya mencadangkan jualan “lelong” yang akan menyaksikan kapal dijual pada harga rendah berbanding nilai sebenarnya,” katanya.

MR : Kalau orang ada duit pun, siapa nak beli kapal yang menjadi kontroversi tersebut....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



1 ulasan:

  1. Kalu MV Agusta dijual dengan rega 1Euro, Equanimity mahal sikit kot... katakanlah 5 Euro.

    BalasPadam