Header Ads

ads header

Flash News

Khalid Samad: Kini lidah pun dah bercabang dalam isu demo


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad mempertikaikan tindakan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang mahu mengadakan himpunan esok.

Menteri wilayah persekutuan itu menyifatkan tindakan itu hanya akan menimbulkan ketegangan.

Sedangkan, katanya, perkara yang wajar dilakukan ialah mencari penyelesaian.

"Saya rasa bukan mereka sahaja yang membela ummah. Masalahnya ada satu pihak anggap dia sahaja yang bela ummah dan satu lagi pihak dia sahaja yang jaga kepentingan Melayu.

"Ia menimbulkan ketegangan. Apa yang kita perlu cari ialah penyelesaian yang baik secara keseluruhan daripada semua pihak.

"Saya rasa gambaran konon Melayu tersepit, dalam bahaya beri persepsi yang ingin diwujudkan (pihak tertentu). Sedangkan ramai masyarakat Melayu dan Islam lebih terjamin (keadaan mereka)," katanya pada sidang media di Kampung Baru hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Himpunan Ummah yang akan diadakan esok sebagai membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Himpunan itu juga dikaitkan dengan persepsi bahawa kepentingan Melayu dan Islam terancam selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi kerajaan.

Sementara itu, bercakap mengenai pembangunan Kampung Baru, Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana, menurutnya, perdana menteri berusia 93 tahun itu mempunyai wawasannya tersendiri berhubung pembangunan di Kampung Baru.

"Dia (Dr Mahathir) tidak mahu hutan konkrit di Kampung Baru.

"Kita kena kekalkan identiti orang Melayu. Maka ia memerlukan pendekatan berbeza dan perlu dikaji kembali.

"Jadi saya nak kena bincang dengan Tun Mahathir untuk libatkan wawasan dia," katanya lagi.


MR : Lidah bercabang ok lagi, kalau nak sampai agama sendiri nak dijualnya itu sangat sedih sedangkan dunia nak bakar kapal macam tariq ibnu ziaq....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Mungkin kefahaman rakyat salah. Apa yang rakyat faham ialah dasar mesia baru menggalakkan rakyat bersuara. Habis kenapa macam ada yang berasa tidak selesa dengan suara rakyat seolah2 suara itu menyakitkan telinga eh? Muahahaha!

    BalasPadam
  2. Orang terkena laknat sumpah baiah macam khalid samad ni dh jd mereng dh ni.layan la orang macam dia ni,sah esok2 kita pulak jd 3 suku.

    BalasPadam
  3. Dulu nak jd menteri b.n kna jadi bodoh. Sekarang nk jd menteri pakaturn kena jadi bangang.pakaturn ganti b.n ibarat khinzir ganti pigs.

    BalasPadam
  4. Ada akal dgn tidak berakal bgai langit dgn bumi jarak nya.

    BalasPadam