Header Ads

ads header

Flash News

Kerjasama Umno-PAS ‘belum menjadi’ di Sg Kandis


SHAH ALAM: Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hari ini jelas memperlihatkan bahawa “kerjasama” yang terjalin antara Umno dan PAS masih belum mampu menggugat penguasaan PKR di kawasan itu.

Meskipun calon BN Datuk Lokman Noor Adam bersungguh-sungguh memainkan sentimen Islam dan Melayu sepanjang 14 hari tempoh berkempen, namun ia belum cukup untuk mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan yang lebih 70% adalah orang Melayu.

Seruan pemimpin PAS kepada penyokong parti itu supaya menyokong calon BN pada PRK tersebut juga dilihat tidak cukup kuat menembusi “kekebalan” PKR, apatah lagi dengan keputusan parti itu (PKR) mempertaruhkan anak tempatan Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang jelas mempunyai “track record” bersih sebagai seorang pengetua maahad tahfiz.

Hasilnya, seramai 15,427 pengundi DUN Sungai Kandis sepakat memilih Mohd Zawawi sebagai wakil rakyat baru mereka berbanding 9,585 pengundi yang memilih Lokman Noor, sementara calon Bebas, K Murthy pula hilang wang deposit selepas hanya memperoleh 97 undi.

PRK ini bagaimanapun menyaksikan Mohd Zawawi memperoleh majoriti 5,842 undi lebih rendah berbanding undi diperoleh wakil rakyat lalu kawasan itu, Mat Shuhaimi Shafiei pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) iaitu 12,480 undi.

Peratusan keluar mengundi juga memperlihatkan hanya 49.4% pengundi menunaikan tanggungjawab mereka berbanding sasaran 80% yang disasarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK itu merupakan yang pertama diadakan selepas PRU14, berikutan kematian Mat Shuhaimi akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Mengulas lanjut, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Sivamurugan Pandian berpendapat kerjasama Umno dan PAS “tidak menjadi” pada PRK ini berkemungkinan disebabkan penyokong PAS yang tidak keluar mengundi berikutan keputusan pasti Islam itu untuk tidak meletakkan calon.

“Sepatutnya kalau digabungkan keputusan undi diperoleh calon BN dan PAS pada PRU14, calon BN pada PRK ini boleh memperoleh lebih 19,000 undi tetapi itu tidak menjadi, bermakna mungkin juga ada penyokong PAS melakukan protes secara senyap atas kerjasama ini.

“Selain itu, isu-isu dibawa BN tidak begitu sesuai dengan keadaan di Sungai Kandis dan pembunuhan karakter berlaku secara besar-besaran di PRK ini.

“Bagi saya PRK ini juga terlalu dekat dengan PRU lepas dan barangkali pengundi berpendapat keputusan PRK ini tidak akan membawa perubahan kepada kedudukan kerajaan negeri di DUN Selangor,” katanya.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara kampus Raub, Pahang, Che Hamdan Che Mohd Razali senada dengan Sivamurugan berkenaan hubungan Umno-PAS di mana beliau berpendapat ramai penyokong PAS melakukan protes dengan tidak keluar mengundi.

Menurutnya, jika dilihat kepada budaya penyokong PAS, sentimen anti BN dan Umno sangat kuat sebelum ini.

“Melalui pemerhatian saya, selepas PH rampas Selangor daripada BN pada 2008, banyak kelebihan yang PAS dapat di mana mereka dapat jalankan banyak aktiviti di masjid berbanding sebelum itu.

“Kerajaan negeri beri peluang kepada PAS berdakwah dengan lebih baik, cuma kali ini BN mainkan sentimen kononnya kerajaan pusat dikawal oleh DAP tetapi sentimen itu tidak menjadi di Selangor.

“Faktor lain pula calon BN bukan penduduk tempatan berbanding Mohd Zawawi dan isu-isu yang dimainkan BN melibatkan Melayu Islam tidak memberi kesan di Selangor.

“Jika mereka mainkan isu itu di Kedah, Kelantan dan Terengganu mungkin boleh mendatangkan kesan tetapi di Selangor kedua-dua isu itu bukanlah isu besar walaupun Sungai Kandis majoriti penduduknya orang Melayu,” katanya.


MR : masih awal kalau nak dikatakan kerjasama PAS-UMNO di Sg Kandis. baru ada kesefahaman sebagai pembangkang aje ok boleh terima....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


10 ulasan:

  1. Jelas belum ada yang terhantuk hinggakan belum ada yang terngadah.

    Nampaknya 30% undi bukan Melayu masih mampu jadi undi penentu.

    BalasPadam
  2. Sekiranya calon pas yg jadi calonnya mungkin ada perubahan dari segi undi..betul rasanya masih ada penyokong pas yg fobia nak undi umno.. Tngok di prk Seri Setia nanti calonnya pas mudah2an boleh berjaya dgn izin Allah

    BalasPadam
  3. Betul. Orang PAS fobia undi UMNO. Tapi orang UMNO tak fobia undi PAS dan meteka takkan undi DAP.

    BalasPadam
  4. Ini baru eksperimen pertama,pas dan umno ada masa lagi utk pastikan undi islam dan melayu xberpecah lagi teruk daripada pru14.pengundi pas jgn buat teruk sangat perangai tu,ini masa utk ajak umno ke arah kebaikan dlam keadaan umno dh sakit teruk ni.ini peluang Allah bg dekat pas,peluang yg pemimpin2 dan ahli pas dulu tak pernah dan tak pernah mimpi yg umno jatuh tergolek macam ni.kita pas pun cedera jgak dlam pru14 tapi kita dh terbiasa sebab kita dari dulu pembangkang tanpa ada peruntukan @bantuan dari kerajaan.tapi umno?dgn nafsu besar dan kepala bahagian yg tak biasa susah.jadi ini peluang bg umno faham dosa pahala, syurga neraka.

    BalasPadam
  5. Ini mumgkin signal dpd bangsa melayu yg mahukan parti selain dari BN mewakili mereka . Apa-apa pun janji Allah,islam akan mencapai kemenangan.

    BalasPadam
  6. Ini mumgkin signal dpd bangsa melayu yg mahukan parti selain dari BN mewakili mereka . Apa-apa pun janji Allah,islam akan mencapai kemenangan.

    BalasPadam
  7. DAP sudah isytiharkan bahawa ia parti terkuat Pakatan Harapan dan Lim Kit Siang akan jadi PM selepas Tun M.
    PRK Balakong ini akan menambahkan lagi keangkuhan mereka.

    BalasPadam

  8. Saya rasa sukar bagi BN/PAS untuk memenangi di DUN Sg Kandis, sebab masa pru dulu, jika dicampurkan jumlah undi yang BN dan PAS dapat masih kurang dari apa yang PH dapat. Kalau seseorang telah mengundi PH dalam pru dulu takkan kah selepas dua bukan dia hendak undi calon lain.

    Lainlah kalau mithalnya PH dapat 20 ribu BN dapat 15 ribu PAS 10 ribu dalam pru dulu, memang ada kemungkinan BN menang jika PAS beri laluan. Sebab jumlah PAS dan BN ada 25 ribu.

    Lagi satu DUN, Sri Setiap ke? Pun susah pembangkang menang sebab jumlah undi PH lebih banyak dari jumlah undi pembangkang.

    BalasPadam
  9. Jangan kecewa Teruskan kerja. Hasil boat tuhan yang tentukan. Pas dah tolong Tu...

    BalasPadam