Header Ads

ads header

Flash News

Jangan Menjadi Hamba Kuasa Asing


Pendedahan Daniel Twining ,  Presiden IRI (International Republican Institute Antarabangsa) sebuah badan pemikir berpengkalan di Amerika Syarikat berhubung kerjasama dengan parti pembangkang sejak tahun 2002 amat bahaya kepada keselamatan negara.

Beliau menyebut di dalam satu forum yang bertajuk “Supporting Democracy In Challenging Times” yang diadakan di Washington pada 17 Julai 2018.

Pihak PH ( dulunya pembangkang) mesti disiasat. Sekiranya benar tuduhan ini, ia amat berat dan mesti diambil tindakan dan siasatan. Pihak keselamatan negara kena menyiasat siapa yang menerima dana ini dan berkongkol dengan pihak luar. Soal keselamatan tidak boleh kompromi. Siapa sahaja kena siasat samaada yang menjadi kerajaan hari ini atau bekas kerajaan. Bertindak kepada sesiapa sahaja demi kedaulatan negara.  Pihak yang menjaga keselamatan mesti buta warna, jangan takut walau pun yang terlibat itu jerung atau paus.

Jangan jadikan pemimpin negara ini papet pada negara luar. Biar politik Malaysia ditentukan oleh rakyat Malaysia bukan oleh negara luar.

Kalau benar dakwaan pihak IRI, bermakna siapa yang menjadi kerajaan akan diremote kontrol oleh pihak yang memberi dedak kepadanya. Yang menjadi mangsa ialah rakyat dan negara kerana yang memimpin mereka tidak bermaya untuk melawan kehendak kuasa asing.  Mereka bukan menjaga negara tetapi menjaga tuan besar yang beri suap kepada mereka.

Jangan kerana hendak menang, kedaulatan dan rakyat diperjudikan. Pengalaman politik di Timur Tengah yang mengundang kuasa asing untuk menjatuhkan regim tempatan mesti menjadi pengajaran kepada kita. Biarkan kita adu kekuatan masing-masing tanpa minta bantuan orang lain untuk merebut kuasa.

Rakyat Malaysia jangan pandang mudah isu campur tangan asing, walau pun kita masih menunggu janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan dan terbaru isu kapal mewah equanimity yang baru sampai. Kedaulatan negara adalah hak kita, bangkit melawan tali barut kuasa asing.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Dah dpt dana usa, apa lagi, buatlah kerja utk usa. Antaranya bagi pembelaan utk puak maknyah dan kunyit, pastikan kapir takeover undang2 mcm yg berlaku skrg so undang2 islam kena block awal2.

    BalasPadam
  2. Pakaturn kena buat anugerah ikon belia lgbt negara,baru amerika israel zionis soros pap singapura bertambah sayang. Baru boleh dakwa jaguh kemanusiaan.baru boleh menang anugerah nobel yahudi tu.

    BalasPadam