Header Ads

ads header

Flash News

Dulu gadai Batu Puteh, kini nak gadai Khazanah kepada Singapura


Selepas berjaya ‘gadai’ hak Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 30 Mei lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi bertindak ‘gadai’ kepentingan negara kepada republik tersebut.

Menurut laporan portal berita Malaysian Reserve yang pro-Pakatan Harapan (PH) dan dipetik laman anti-Barisan Nasional (BN), Free Malaysia Today, kali ini ia melibatkan syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Berhad.

Difahamkan tindakan pelik berkenaan terpaksa dilakukan Perdana Menteri konon untuk kerajaan PH dapat bayar balik hutang negara lebih RM1 trilion diwarisi BN selain elak daripada dikenakan saman oleh pemerintah Singapura.

Ini terutama setelah negara jiran itu dilaporkan mahu saman Malaysia kerana batal projek Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura selain isu harga jualan bekalan air mentah yang didakwa Mahathir amat murah.

Justeru demi elakkan ketegangan diplomatik antara dua tetangga itu, pihak Khazanah diarahkan Mahathir untuk berunding jual segala pegangannya sebanyak 60 peratus dalam sebuah syarikat usaha sama hartanah di Singapura.

Syarikat itu diwujudkan hasil kerjasama dengan syarikat pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings yang teruk dilanda kontroversi pelbagai skandal urus tadbir beberapa tahun lalu sehingga sering catat kerugian besar. (Baca: Singapura Gembira Malaysia Setuju Gadai Batu Puteh
dan Kisah Mahathir Selamba Gadai Johor Kepada Singapura )

Laporan itu memetik sumber berkata, rundingan tersebut mungkin merangkumi penjualan 50 peratus pegangan dalam sebuah lagi firma usaha sama, Pulau Indah Ventures, yang terlibat projek wilayah Iskandar Malaysia di Johor.

Berikutan pelantikan anggota lembaga pengarah baharu Khazanah, Mahathir, 93, melakar sejarah dengan lantik diri sendiri jadi pengerusi kemudian membayangkan pelbagai langkah aneh melibatkan beberapa firma milik kerajaan.

Untuk rekod, asalnya Khazanah dapat sebidang kawasan di Singapura dikenali Marina One dan Duo sebagai ganti Malaysia kehilangan stesen KTM Tanjong Pagar dan beberapa lokasi strategik di pusat bandar raya negara tersebut.

Ia susulan tindakan Singapura ‘halau’ Malaysia dengan cara halus iaitu menaikkan kadar cukai tanah kepada paling melampau walhal penjajah British bagi tanah itu kepada pihak Malaya dan pewarisnya selagi ada bulan dan bintang.

Kes ini mengulangi ‘drama’ sama Pangkalan TLDM di Woodlands iaitu KD Malaya diusir oleh Singapura secara halus dengan cara serupa dan paksa Malaysia berpindah ke kem baharu di Kota Tinggi, Johor semasa era Mahathir.

Namun atas kebijaksanaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tanah KTM dan beberapa lot itu berjaya diganti balik dengan kawasan lain yang sama nilai dan jadi milik kerajaan Malaysia sebanyak 60 peratus.

Jika laporan jualan pegangan Khazanah di Singapura itu benar, Malaysia selepas ini cuma ada Masjid Temenggung Daeng Ibrahim di Telok Blangah yang masih diuruskan kerajaan Johor sejak abad ke-19.

Sumber : Agensi/Mynewshub.TV

MR : Mahathir cuba lenyapkan semua lagesi Najib walaupun ada yang berkepentingan rakyat. Ini politik Malaysia baharu POLITIK DENDAM....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Lepas tu gadai satu malaysia terus

    BalasPadam
  2. Tun M ada masa x smp lg dua tahun saja utk membalas dendam kat najib.. Kalu ikut perjanjian, anwar akn jd PM.. Lps tu "pupus" la PPBM.. WaAllahu'alam..

    BalasPadam