Header Ads

ads header

Flash News

Apapun pilihan Azmin, terpaksa berdepan Anwar


Walaupun audio panas mirip suara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelang pemilihan PKR dinafi sekeras-kerasnya oleh PKR dan tuan punya badan, sesiapa pun tidak dapat meneka apa pandangan sebenar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Azmin terhadap audio tersebut.

Yang pasti, mereka tidak boleh mengabaikan audio itu begitu sahaja dalam percaturan politik seterusnya.

Perkembangan kerjaya Azmin sejak Langkah Kajang sangat menakjubkan. Daripada seorang Adun dan Ahli Parlimen, Azmin menjadi menteri besar Selangor dan kini menteri hal ekonomi dan dilantik oleh Dr Mahathir sebagai lembaga pengarah di Khazanah Nasional Berhad. Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pun tidak memiliki keistimewaan seperti itu.

Dengan keistimewaan begitu, Azmin hari ini sudah dilihat mampu menjawat jawatan perdana menteri. Beliau pencabar terdekat kepada Anwar untuk menjawat jawatan PM selepas Dr Mahathir di dalam Pakatan Harapan. Dari sudut kebolehan dan kedudukan politik, Azmin mempunyai kelebihan mengatasi Anwar di luar PKR berbanding di dalam PKR. Dari sudut kesihatan, Azmin juga jauh lebih muda berbanding Anwar.

Lebih penting, Azmin sudah boleh berdiri sendiri dan membawa PKR tanpa bayang-bayang Anwar.

Jadi, tiada apa yang perlu dihairankan jika benar ada usaha untuk menjatuhkan Azmin. Seperti mana-mana dinasti, tiada raja yang duduk diam apabila dirinya rasa terancam.

Jika Anwar dibiarkan menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR, beliau akan bebas bergerak untuk berkempen secara halus untuk calon timbalan yang disukainya. Tindakan anak beliau, Nurul Izzah, untuk bersama pasukan Rafizi Ramli yang berebut jawatan timbalan presiden yang disandang Azmin antara kempen halus yang jelas mesejnya. Azmin sudah tentu sedar akan bahayanya situasi ini.

Selain Rafizi dan Nurul, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution turut mula melancarkan kempen halus. Ini boleh dilihat daripada saranan beliau baru-baru ini agar ahli-ahli PKR menolak pemimpin yang terbawa-bawa untuk menggunakan kedudukan mereka bagi membina empayar peribadi atas alasan ia berlawanan dengan pendirian PKR.

Pemimpin yang berkebolehan membina empayar peribadi mesti mempunyai 2 syarat, satunya kaya-raya dan satu lagi memegang jawatan yang amat berkuasa dan boleh membina kekayaan para pengikut.

Di dalam PKR, pemimpin manakah yang memenuhi kedua-dua syarat itu hari ini? Nama pertama yang muncul di minda kalian, itulah beliau.

Jika Azmin bertanding jawatan presiden, maka beliau akan bertembung dengan Anwar secara langsung. Jika beliau sekadar mempertahankan jawatan, maka beliau juga akan bertembung dengan Anwar secara tidak langsung kerana anak Anwar memberikan sokongan kepada Rafizi.

Oleh itu, apapun pilihan Azmin, beliau terpaksa berdepan dengan Anwar. Ia sudah tidak boleh dielakkan. Audio panas yang didakwa palsu itu hanya sekadar loceng amaran awal pertembungan ini.

Loceng itu sudah pasti mencuri perhatian Dr Mahathir dan sahabatnya, Tun Daim Zainuddin.

TIMMY SAY


MR : Lebih 50 pimpinan PKR sebelum ini di'korban'kan oleh Anwar. Azmin jangan silap langkah... kalau tak dia akan terima nasib sama dengan kawan-kawannya terdahulu....

 


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


4 ulasan:

  1. Kemerosotan undi di Sg Kandis akan disimpulkan sebagai tanda2 berlaku kemerosotan kepercayaan terhadap wibawa mantan MB dan akan dijadikan modal tambahan untuk menyekat kemaraan beliau. Kalau perancangan yang diatur boleh menumbangkan gergasi (ikon 1mdb) yang gagah, untuk menjatuhkan 'baruah' yang lebih kecil adalah lebih mudah kalau tiada campur tangan luaran. Kalau ada campurtangan, akan ada clash of the Titans. Gerun beb.

    BalasPadam
  2. Anwar jgn cari juboq lagi sudah lah. Mahathir ni jenis simpan kesalahan2 menteri2 dan pemimpin2 parti dlam b.n dulu.la ni mesti dia ada maklumat kesalahan menteri2 dan pemimpin2 parti dalam pakaturn.kepada anwar,jangan jaga depan anda saja,jaga belakang anda jugak.azmin pulak jgn ingat dh hebat sangat sebab ayah angkat duk hidup lagi .nanti ayah angkat dh kiok,habislah azmin dgn boboi.tapi kalau azmin dgn boboi cerdik,boleh buat macam khairy berjaya mara ke depan walaupun pak mentua dh xjadi pm lagi(khairy ni jilat abis semua orang,najib dia jilat,mahathir pun la ni dia jilat)

    BalasPadam
  3. Azmin tak perlu risau.. jika dibuang pkr.. bersatu kan ada..

    BalasPadam
  4. Berhati2 dgn ulasan Timmy say

    BalasPadam