Header Ads

ads header

Flash News

Anwar Jangan Nampak Terlalu Gelojoh & Jangan Pula Terlalu Perlahan, Kalau Tak Melepas


Dalam pc anwar hari ni dia ada sebut utk berbincang dgn mahathir utk beri ruang kpd nya utk sertai parlimen dan 'memulakan proses reform parlimen'...ayat ini agak menarik utk diperkatakan...

anwar ni seorang yg amat berhati-hati dalam ucapan dan semua perkataan dia diucapkan dgn teratur...itu yg menjadikan ucapan dia penuh karismatik...apabila dia sebut 'memulakan proses reform parlimen', ia menandakan bahawa proses perubahan yang dikehendaki melalui kemenangan ph belum bermula...jadi apa yg dibuat oleh ahli2 parlimen ph sekarang ini???...

ayat ini secara tak langsung membawa persoalan apakah semua tindakan yg dilakukan oleh mahathir dan anggota kabinetnya sekarang ini masih tidak boleh dianggap satu proses 'reform' sehingga anwar terpaksa menyertai parlimen utk melakukannya???...

Kesimpulannya aku boleh katakan bahawa anwar sebenarnya tidak berpuas hati dgn perjalanan kerajaan dan parlimen yg dikepalai oleh mahathir...tp buat masa skrg, dia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana silap langkah, buruk padahnya kpd dirinya sendiri dan pkr...apatah lagi skrg ni parti2 komponen ph iaitu pan dan dap sudah boleh dianggap berada dalam kem mahathir...

Dalam bab ni mahathir mmg cerdik...dia bagi banyak kuasa kpd ahli parlimen dap dan pan walaupun pkr mendominasi jumlah kerusi...puak2 dap dan pan yg sejak puluhan tahun berjuang mmg dok mengidam nak jadi kerajaan atau nak jadi menteri...so depa sama sekali tidak akan sanggup lepaskan kedudukan depa yg ada hari ini demi anwar....dgn kata lain, seandainya permusuhan anwar dan mahathir kembali berputik...puak2 dap dan pan tidak lagi akan menyebelahi anwar kerana tidak sanggup kehilangan peluang yg depa dok idam lama dah....

Kita tengok bagaimana dgn mudahnya mahathir berjaya menyahkan anwar sebagai calon PM ph sebelum PRU 14 hari tu tanpa banyak tentangan...padahal sebelum penyertaan mahathir dalam kem pembangkang dahulu, jangan boleh ada nama lain dicadangkan sebagai PM walaupun nama yg dicadangkan mempunyai kelayakan...dan kemudian kita boleh tengok bagaimana pemimpin2 dap dan pan menjadi backup kpd mahathir walaupun bbrp kenyataan mahathir mutakhir ini boleh dianggap penuh kontroversi...

Justeru, anwar perlu lebih berhati-hati dalam tindakannya... Tidak boleh dinampak terlalu gelojoh, tapi tidak boleh terlalu perlahan....takut tak sempat merasa kerusi PM....

alfaqir ilallah ppk


MR : Perang dingin Anwar-Mahathir yang nasib Anwar baik Mahathir hanya ada 13....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



1 ulasan:

  1. Mahathir berterus terang. Mahathir tak angkat pun placard Anwar PM7. Mahathir adalah betul, PM7 bukan Anwar.

    Lim Kit Siang angkat placard Anwar PM7. Tak tahu apa maksudnya kerana akhirnya Mahathir PM7 dan bukan Anwar.

    Nampak macam boleh BACA, walhal siapa pemilik jari lurus kelingking berkait, tak dapat nak di baca. Dua-dua hebat.

    BalasPadam