Header Ads

ads header

Flash News

Agus pula kritik Janji Pakatan Harapan


1.  Rakyat faham jika tol dan bayaran PTPTN belum dapat dihapuskan, harga minyak tidak dapat diturunkan, dan gaji belum boleh dinaikkan. Ini kerana kesemua di atas memerlukan wang, sedangkan negara kita dilanda beban hutang.

2. Apa yang rakyat tidak faham ialah bila kerajaan lambat menyelesaikan janji dan harapan rakyat yang tidak melibatkan kos. 

3. Pertanyaan rakyat mudah.  Bilakah penyangak, perasuah, pencuri dan penyeleweng kuasa hendak dibawa ke muka pengadilan. Mengapa begitu lambat?

4. Bilakah reformasi institusi parlimen, SPR, dan kehakiman hendak dilaksanakan?  Janji dan laungan untuk merubahnya dah terlalu kerap didengar. Isunya, apakah yang akan diubah dan bilakah akan bermula?  Mengapa begitu lambat?

5. Bilakah semakan semula terhadap undang-undang yang dikatakan drakonian dahulu seperti Akta MKN, Sosma dan lainnya hendak dipinda atau dimansuhkan? Di peringkat manakah proses semakan atau pemansuhan itu?

6. Rakyat sebenarnya sudah jenuh menunggu untuk melihat reformasi institusi berlaku dalam negara.  Harap sekali semuanya dapat dipercepatkan. Bertindaklah segera supaya negara kita boleh cepat melangkah ke depan.

- prof agus


MR : Kalau mereka yang hidup zaman Mahathir menerajui BN 22 tahun, mereka pasti tidak hairan apa yang PH buat sama dengan BN zaman Mahathir buat.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Inilah prof. yang mengatakan PAS akan kalah teruk dan terlepas kerajaan Kelantan malah beliau begitu sedih/bangga kerana Jimang (sepupu Husam) sanggup bertanding untuk mengalahkan Nik Amar. Beliau turut mengiringi Jimang pada penamaan calon pada PRU lepas. Saya pun tak tahu tentang kajian beliau tentang politik PAS/negara. Adakah beliau turun padang atau mengerahkan pelajarnya atau beliau mencuri kajian-kajian Ngo-Ngo lain atau beliau sekadar duduk mengadap komputer 24 jam.... siapa tahu sumber beliau yang sudah boleh di bangkul sampahkan pada masa akan datang.

    BalasPadam
  2. Inilah prof. yang mengatakan PAS akan kalah teruk dan terlepas kerajaan Kelantan malah beliau begitu sedih/bangga kerana Jimang (sepupu Husam) sanggup bertanding untuk mengalahkan Nik Amar. Beliau turut mengiringi Jimang pada penamaan calon pada PRU lepas. Saya pun tak tahu tentang kajian beliau tentang politik PAS/negara. Adakah beliau turun padang atau mengerahkan pelajarnya atau beliau mencuri kajian-kajian Ngo-Ngo lain atau beliau sekadar duduk mengadap komputer 24 jam.... siapa tahu sumber beliau yang sudah boleh di bangkul sampahkan pada masa akan datang.

    BalasPadam