Header Ads

ads header

Flash News

Adik Guan Eng antara 12 angkat sumpah sebagai senator


KUALA LUMPUR: Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR Ismail Yusop antara 12 individu yang mengangkat sumpah sebagai senator hari ini di depan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran.

Pelantikan Ismail dan 3 lagi iaitu Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Perak Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying dan bekas ahli parlimen Balik Pulau Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dicadangkan oleh DUN masing-masing.

Lapan lagi diusulkan oleh kerajaan pusat iaitu Pengerusi PPBM Terengganu Datuk Razali Idris, Ketua Bersatu Bahagian Gelang Patah Md Nasir Hashim dan AJK Amanah Pusat Raj Munni Sabu.

Turut dilantik kerajaan pusat ialah Pengerusi Parti Warisan Sabah Datuk Theodore Douglas Lind, Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong, Pengarah Pendidikan DAP Sabah Adrian Banie Lasimbang serta Ketua Cabang PKR Bera Monalan Mohamad dan bekas ahli parlimen Lumut Mohamad Imran Abd Hamid.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa yang sebelum ini dijadualkan mengangkat sumpah sebagai senator hari ini ditangguhkan ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

MR : PH ni benti Kleptokrasi tapi sangat sayang Nepotisme....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan