Header Ads

ads header

Flash News

Tommy Thomas berucap sekali dalam BM, video tersebar semua “terbodoh”


PETALING JAYA: Peguam Negara Tommy Thomas tampil memberikan ucapan dalam bahasa kebangsaan selepas dikritik tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Ucapan yang tular di media sosial itu dipercayai dibuat ketika majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiri di Jabatan Peguam Negara baru-baru ini.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha menganjurkan majlis hari raya.

“Saya berharap hubungan erat di antara pegawai dapat dikuatkan dengan semangat setia kawan akan memberi manfaat kepada semua,” kata Tommy.

Terdahulu, Tommy berjanji memperbaiki penguasaan bahasa Melayunya, selepas mengakui tidak kerap menggunakan bahasa kebangsaan sewaktu berkhidmat di sektor swasta.

“Saya perlu menguasainya… Saya benar-benar mesti menguasainya. Saya berjanji untuk menguasainya,” katanya sebelum ini.

Minggu lalu, Tommy yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, meminta perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam bahasa Inggeris.

Kefasihan Tommy dalam bahasa Melayu antara isu yang dibangkitkan pengkritiknya ketika beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Mohamed Apandi Ali, awal bulan lalu.


MR : Macai PH mengedar video ini dimedia sosial.. Sekali berucap dalam BM sudah cukup membodohkan panganut PH. Mereka dah mendewa Tommy pencipta BM. Sama seperti Lim Guan Eng berhenti berucap ketika azan. Apa beza LGE dengan permain bola sepak tak tutup aurat berhenti ketika azan? Pemikiran macai PH makin hari makin tersempit dibawah tempurung....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. kalau dengan adanya skrip, orang utan pun boleh bertutur dalam mana mana bahasa, wakakaka

    BalasPadam
  2. Nampaknya, kalau jawatan ditawar secara terbuka, even Mat Bangla yang ada certificate guaman akan berada di atas sekali. Itu sekadar hipotesis, realiti tidak sama kerana pelantikan dibuat secara rundingan langsung

    BalasPadam
  3. Ucapan guna teks sbb la. Cuba tk ada teks bnyi mscam tamil naidu.

    BalasPadam