Header Ads

ads header

Flash News

Tiada arahan undi siapa, tapi mengundi PH menyuburkan PH untuk tawan Trg & Kelantan


 SHAH ALAM - Pas membuat kenyataan jelas bahawa undi partinya itu di PRK Sungai Kandis adalah tidak kepada calon PH.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti itu juga dalam kenyataannya, tidak memberikan kata putus atau memastikan ahlinya mengundi calon BN yang diwakili oleh Umno.

Kenyataan itu dibuat kerana BN bukanlah rakan gabungan politik Pas dalam Gagasan Sejahtera.

"Jadi, tiada arahan wajib memastikan ahlinya mengundi Umno/BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sinar Harian melaporkan tindakan Pas tidak meletakkan calon pada PRK Sungai Kandis bertujuan memastikan pertandingan satu lawan satu berlangsung.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ini bagi memastikan undi pembangkang tidak pecah dan PH dapat ditewaskan.

Menurutnya, PH mesti dikalahkan dan ia akan menjadi satu isyarat kepada kerajaan hari ini bahawa rakyat tidak mahu terus dipermain dengan kegagalan mereka menunaikan janji pilihan raya seperti menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang peneroka Felda.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, Pas yakin dengan kebijaksanaan ahlinya di dalam membuat pilihan dan mengundi yang terbaik.

Dalam perkara ini, katanya Pas 'ada memberi sedikit panduan' ahlinya dalam memilih pada PRK kali ini.

"Petunjuknya adalah mengundi adalah satu kewajiban demi kebaikan negara yang memerlukan pemimpin yang baik untuk menerajuinya. Justeru Pas menyeru ahlinya agar keluar mengundi," katanya.

Jelasnya, arahan Pas adalah menolak kerajaan PH.

"Bagi Pas, PH bukanlah pilihan terbaik untuk menggantikan BN. Kegagalan awal kerajaan PH untuk mengotakan janji-janji awal manifestonya.

"Selain tindakan dan kenyataan demi kenyataan oleh para pemimpinnya yang mengelirukan dan boleh menggugat kerukunan perlembagaan dan agama Islam adalah menjadi hujah untuk rakyat menolak kerajaan PH hari ini," katanya.

Katanya, kehendak PH untuk menawan Kelantan dan Terengganu dalam PRU akan datang adalah jelas melalui ucapan beberapa pemimpin utamanya.

Jadi jelasnya, mengundi PH bererti menyuburkan dan membengkakkan lagi nafsu PH untuk mengalahkan Pas.

Katanya lagi, Umno telah hilang nafsunya untuk mengalahkan Pas.

"Ada yang berhujah menghentam Pas dalam isu Umno, saya berkata, Pas menghidupkan Umno dengan memberi kesedaran kepada mereka dengan Islam," katanya.

Justeru katanya, jika anda bertanya, tidakkah sudah jelas difahami bahawa Pas mendorong ahlinya mengundi Umno? "Saya jawab, Ya, di PRK Sungai Kandis. Itulah yang saya fahami,".


MR : Ini dikatakan memilih mudarat yang lebih kecil sebab dua-dua semuanya mudarat


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Tak puas lg ke ph nk tawan satu malaysia. Harap2 ph x bercambah di klntan dan trngganu lps pilihanraya. Klau x, lg bongkaklah ph sbb bn pon x mmpu tawan, ph pula berjaya.

    BalasPadam
  2. Bila PH bertambah subur nanti depa akan janjikan 30% royalmee. Lar nih, 20% tak jalan, Rapizy akan rekomen kat Madye naikkan royalmee jadi 30%. Masa tu baru umpan Madye mengena. Muahahaha!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jngn terpedaya.20% selepas untung bersih..makna kata dah tolak semua kos, balance baru bagi 20%... berbeza dgn royalti..

      Padam
  3. rasanye.. the chinesedont care anymore abt prk sg kandis.. target utama dah tercapai.. 1. jatuhkan umno/najib, 2. control the govt. 3.pecahkan melayu..

    BalasPadam
  4. Keutamaan kita semua sekarang ialah mengalahkan pakatan liberal-kafir harbi falam PRK, PRN dan PRU 15.

    BalasPadam
  5. Rupa2nya ada bagus juga Pakatun bekukan akaun Umno dan ahli2nya. Skrg baru kita nampak kesannya atau hasilnya kpd Pas bila Umno susah sikit nak bergerak dlm prk sg kandis. Mana ada org umno nak bergerak kalau takde masyuuk. So dr satu segi kita kenalah berterimakasih kpd Pakatun sebab telah membantai Umno sampai lembik. Mudah sikit keje Pas.

    BalasPadam
  6. Sejak Umno dah lemah longlai ni takde plak aku dgr suara2 gengster drp Umno spt si Nazri tu. Bersuaralah sikit kutuk Pas yg taknak kempen utk Umno di SK. Sejak pru14 kau pun dah missing in action haha. Demikianlah Allah membalas kpd hamba2Nya yg sombong di muka bumi.

    BalasPadam