Header Ads

ads header

Flash News

Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar buat umat Islam menanti


1). Pada tahun 2007, dalam kes permohonan Lina Joy untuk mnenukar agama asal dari islam ke kristian, tiga hakim yang terlibat dalam proses kehakiman kes tersebut.

Dua hakim (orang islam) tidak bersetuju untuk membenarkan Lina Joy murtad, manakala seorang hakim iaitu Richard Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar islam.

Keputusan kes ini menjadikan amalan murtad di negara ini tertutup dari sudut sistem dan perundangan.

2). Pada tahun 2015, kes rayuan penggunaan kalimah Allah utk merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald telah ditolak oleh keputusan majoriti hakim (4 berbalas 3)

Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah merujuk kepada Jesus adalah Richard Malanjum.

Ini adalah satu langkah bagaimana sistem kehakiman boleh menutup ruang untuk berlaku mudarat besar kepada agama.

3). Pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Antara hakim yang undi membatalkan penukaran agama tersebut adalah Richard Malanjum.

4). Kehakiman ini hakikatnya terletak pada hati para hakim. Bukan semata-mata teks dan fakta. Kerana hati yang ada pada hakim yang menafsir teks dan fakta.

Hakim yang diyakini keislamannya, hatinya akan cenderung kepada islam. Hakim yang beriktikad dengan iktikad agama lain atau sekular akan cenderung kepada agama dan iktikadnya.

5). Teringat akan tulisan seorang pendakwah haraki terkenal, Muhammad Ahmad Ar-rasyid yang berkata tentang bagaimana sesebuah keruntuhan tamadun berlaku walaupun sesebuah negara itu telah maju. Sebuah soalan ditanyakan kepada Umar Al-Khattab:

“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur maju?”

Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.”

Inilah sebabnya keruntuhan negara dan inilah penyakit pembunuhnya.

Penguasaan si zalim ke atas golongan yang baik adalah sebab kepada segala kelam kabut dan rosaknya dunia.

Apabila si zalim atau fasik berkuasa, mereka akan melantik orang yang jahat dan fasik seperti mereka juga untuk mengurus apa-apa urusan. Mana-mana si fasiq  tak dapat tidak adalah tawanan nafsu dan dah tertutup hatinya. Mereka hidup lalai dan tidak berfikir pun untuk kebaikan bangsa dan negara mereka.

Mereka juga bekerja untuk kepentingan peribadi mereka. Bertindak zalim, menindas dan menyeleweng. Banyak tenaga dan kemampuan kemanusiaan dipersia-siakan. Orang yang benar-benar layak dan berpotensi terpaksa bersembunyi mencari perlindungan kehormatan dan jasad mereka dari dicerobohi dan diseksa.

Tinggallah urusan pentadbiran umat dipegang oleh mereka yang jahil dan berkepentingan. Hasilnya tersebarlah gejala keruntuhan masyarakat yang akhirnya membawa kemusnahan ekonomi dan ketamadunan ilmu.

Masih ada yang kata tidak perlu risau?


MR : Apabila manusia alpa dengan tugas dan tanggungjawab seorang muslim, maka wajarlah umat Islam terpinggir....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Rejim pakatan mengutamakan hak puak kafir dan menafikan hak umat Islam. Ini bererti rejim pakatan menafikan hak rakyat majoriti iaitu umat Islam.

    Maka tiada perbezaan antara rejim pakatan dan rejim NAZI, FASCIST dan Komunis.

    Bahkan rejim pakatan telah menipu rakyat dengan memungkiri pelbagai janji pakatan sendiri yang bererti rejim pakatan adalah rejim munafik.

    Jika masih ada sebilangan umat Islam yang menyokong pakatan , siapakah mereka itu ? Opportunis? Puak jahil murakkab? Puak munafik musang berbulu ayam? Atheis? Murtad secara rahsia? Puak sekular liberal?

    Marilah kita semua umat Islam kembali kepada Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRK, PRN dan PRU15 untuk menggulingkan rejim pakatan yang bersikap prejudis terhadap agama Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  2. Moga allah kuatkan iman umat islam dimalaysia atas ujian dan dugaan yg akan dutempuhi. Ameeeen

    BalasPadam
  3. Tahniah dan syabas kepada orang Me layu yang menyokong dan mengundi pakatan. Akhirnya semua janji pakatan dimungkiri oleh rejim pakatan dengan pelbagai alasan bodoh.

    Peguam negara Melayu dan hakim Melayu dipecat dan digantikan dengan orang kafir.

    Beribu-ribu kakitangan kerajaan yang terdiri dari kaum Melayu Islam termasuk ustaz dan ustazah telah dipecat

    Akhirnya penyokong dan pengundi pakatan menjadi lebai malang menang sorak kampung tergadai.

    Siapa bodoh, siapa cerdik?

    BalasPadam
  4. Walaupun dia bukan Islam tak semestinya dia 'fasik' dan 'jahat'..kalau anda bekerja di bidang kehakiman anda pasti tahu bagaimana cara pimpinan beliau semasa beliau menjadi ketua hakim negara suatu masa dahulu.. Langsung dia tak kacau bab Islam. Tak baik tau fitnah orang. Bukan ke dalam Islam fitnah tu lebih besar dari membunuh???

    BalasPadam