Header Ads

ads header

Flash News

Ong Boon Piow dan Dr Maszlee “main wayang”


Dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana tidak memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Ini selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian.

"KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional," kata Maszlee.

Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

"Segala jawapan yang diberikan oleh menteri sepatutnya memaparkan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan pembaharuan ini dan bukannya bergantung semata-mata kepada jawapan-standard-ala-BN," kata ketua Pemuda Sosialis DAP itu dalam satu kenyataan.

Wong berkata walaupun SMPC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan negara, sekolah itu memainkan peranan dalam mendidik pelajar dan ia harus diiktiraf.

Turut sependapat dengan Wong ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow yang mengkritik Maszlee kerana lebih mendengar desakan "ibu bapa tertentu" untuk menukar warna kasut sekolah berbanding menjaga kebajikan sekolah Cina.

Dalam satu kenyataan, Ong berkata ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa.

"Menteri pendidikan dari HARAPAN tetapi jawapannya merosakkan dan tidak menghormati sekutu HARAPAN. (Langkah ini) mesti dikritik dalam HARAPAN," katanya.

Beliau menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti semula sama ada Maszlee sesuai untuk terus memegang jawatan sebagai menteri pendidikan.


MR : Setiap tindak tanduk PH perlu diteliti kerana banyak sangat main wayang dan kencing kepada rakyat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. Sek persendirian mn blh mtk gov dana. Cina biadap. Sek tahfiz pon pkai duit sndiri.
    Manifesto 100 hari x ditunaikan, sek cina pulak dia sibukkan. Sibuk dgn agenda cina x abis2.

    BalasPadam
  2. Dia saja nak kalih isu tu... Konon2 menteri baguih la.. Ikut akai pun dah tau mmg x layak dapat.. Nk test market PH sj tu.. Nk PRK dah kan? Hihihi..

    BalasPadam
  3. Ni semua poyo. Prk punya pasal sanggup buat sendiwara konon dia pejuang melayu tak tunduk pd cina Dap. Lagi satu, himpunan anti UEC di Kpg Baru pun nak dekat. Nak ambil hati melayu la tu. Peruntukan sekolah cina taknak bagi tapi UEC nak iktiraf. Bila UEC dah iktiraf, otomatik sekolah cina pun iktiraf juga la. Peruntukan pun lulus. Pandai pakatun main wayang.

    BalasPadam
  4. Akan ada banyak sekolah persendirian tumbuh bak cendawan lepas hujan kalau KP berubah fikiran setelah di kritik oleh Dap.

    Dap adalah selfish. Selfish hanya fikir apa yang dia ada dan tidak ada. Mana yang tidak ada dia mintak untuk dirinya saja.

    BalasPadam