Header Ads

ads header

Flash News

Muktamar Pas di Terengganu


 KUALA TERENGGANU – Muktamar Tahunan Pas Pusat akan diadakan di Terengganu selama tiga hari bermula 14 September depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, muktamar kali ke-64 itu dijangka disempurnakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Muktamar ini melibatkan Pas Pusat, Dewan Pemuda, Muslimat, Dewan Ulama dan satu konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP),” katanya selepas hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat dan Pas Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan barisan kepimpinan Pas lain.
Advertisement

Lebih 5,000 tetamu hadir ke majlis itu yang pertama kali diadakan secara bekerjasama antara Pas Pusat dan Pas Terengganu.

Selain itu, Takiyuddin turut memaklumkan bahawa Pas bercadang menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan Kelantan dan Terengganu selepas parti itu berjaya menawan semula Terengganu pada PRU14.

Menurutnya, ia akan dipengerusikan oleh Abdul Hadi manakala ahlinya terdiri daripada beberapa tokoh yang pakar bidang tertentu dalam kerajaan, pemimpin parti dan panel perunding.

Majlis itu katanya berperanan sebagai agen yang akan memastikan semua manifesto dan janji-janji Pas berteraskan kesejahteraan rakyat pada pilihanraya lalu dapat ditunaikan di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kedua, kita nak ia sebagai badan pemantau, pemerhati dan penasihat kepada kerajaan kita,” katanya.


MR : Antara tuduhan Sarawak Report tentang duit RM90 ialah UMNO sponser Muktamar PAS. Logik ke?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. الله اكبر Selamat bermuktmar...

    BalasPadam
  2. Syabas dan tahniah untuk parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana berusaha gigih menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam walaupun PAS telah difitnah oleh puak munafik dan puak kafir harbi.

    BalasPadam
  3. semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah S.W.T.. Aamiin..
    Selamat bermuktamar.. Jaga akhlaq dan percakapan..ramai pemerhati dok tengok..

    BalasPadam
  4. Selamat bermuktamar dengan baik & teratur.
    Bagus juga cadangan menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan Kelantan dan Terengganu. Semoga dapat dijayakan dan berjalan dengan baik untuk kepenting rakyat.

    BalasPadam
  5. pm6 didakwa salah guna 42j macai ph dakwa pas dapat 90j + 200j dari pm6 so mana satu bingai mana satu lembu...

    BalasPadam