Header Ads

ads header

Flash News

Mufti Wilayah Persekutuan bincang hal Islam dengan Tun M


 KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan umat Islam dalam luar negara.

Dalam pertemuan yang berlangsung 45 minit semalam, Zulkifli mengambil kesempatan menerangkan fungsi dan peranan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di peringkat Wilayah Persekutuan, negara dan juga dunia Islam amnya.

Beliau turut menyampaikan harapan masyarakat Islam kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Menerusi Twitternya, Zulkifli menghargai layanan yang amat baik Perdana Menteri termasuk respons dan pendapat yang tuntas antara kedua-duanya untuk sama-sama dikaji dan ditekuni sebaiknya .

"Terima kasih Tun! Alhamdulillah, akhirnya berpeluang duduk bertemu mata dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan umat Islam sama ada dalam dan juga luar negara.

"Hampir 45 minit perbincangan berlangsung dengan perkongsian buah fikiran yang sangat baik," katanya.

Selain itu, Zulkifli turut berkongsi ucapan hari lahir buat Dr Mahathir dengan mendoakan beliau dikurniakan kesihatan untuk melaksnakan tugas dalam usaha membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Sebagai buah tangan, Mufti Wilayah Persekutuan itu juga membawa beberapa buku tulisannya kepada Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Zulkifli juga memuat naik fotonya bersama Peguam Negara, Tommy Thomas.

"Kebetulan berada satu lif dengan Peguam Negara, Tommy Thomas. Kami sempat bertanya khabar dan menyuarakan hasrat untuk bertemu empat mata bagi membincangkan beberapa hal berkaitan akta Wilayah Persekutuan berhubung agama Islam.


MR : Saya melihat apa yang dibuat oleh Muft Wilayah ini ialah BPMS yang diwar-warkan oleh PAS, tapi setakat ini saya belum lihat pimpinan PAS yang kehadapan dalam "BPMS". Sepatutnya ketua Dewan Ulama buat seperti Mufti Wilayah buat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. terbaeek..Mufti Wilayah ni...sekarang ulama mula bersuara...Raja2 Melayu bangkitlah...selamatkan..akidah umat Islam di Malaysia...sbb sejak PH laknatullah dpt tadbir kerajaan..dah bnyak cerita yng tidak bagus utk Islam ahli sunnah wal jamaah ni...lgbtnya ..syiahnya...tahfiznya..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

  3. .

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    BalasPadam