Header Ads

ads header

Flash News

Mufti Pulau Pinang sambut baik keputusan mahkamah keatas Ahmadiah


GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang membenarkan pengikut Ahmadiah bebas mengamalkan ajaran mereka, walaupun mereka dilabelkan sesat oleh pihak berkuasa Islam di Malaysia sebelum ini.

Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan itu sejajar semangat kebebasan beragama seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan aliran Ahmadiah tidak pernah diiktiraf sebagai umat Islam.

Katanya, keputusan mahkamah itu juga selaras keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-8 pada September 1984 yang pengikut Ahmadiah bukan umat Islam.

Oleh itu, katanya, pengikut fahaman Ahmadiah boleh dianggap agama lain, selain Islam.

“Ini bermakna mereka tidak boleh menerima hak-hak sebagai orang Islam, termasuk hak pengebumian dalam perkuburan Islam,” katanya kepada FMT.

Dalam penghakiman bersejarah semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tiada hak menghalang aktiviti keagamaan komuniti Ahmadiah di negeri itu.

Seramai 39 pengikut Ahmadiah dalam permohonan semakan kehakiman mereka mencabar Jais kerana cuba mendakwa mereka dengan kesalahan syariah, atas dasar pihak berkuasa agama Islam di Selangor tidak mengiktiraf Ahmadiah sebagai orang Islam.

Hakim berkata, fatwa yang diwartakan di Selangor pada 2001 mengisytiharkan pengikut Ahmadiah sebagai sesat dan Jais tiada bidang kuasa untuk menyiasat dan mendakwa mereka atas kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Islam Negeri.

Ajaran Ahmadiah diasaskan Mirza Ghulam Ahmad pada 1889 di kampung kelahirannya Qadian, di daerah Gurdaspur, Punjab, India. Beliau lahir pada 13 Februari 1835 dan meninggal dunia pada 26 Mei 1908 di Lahore, sebelum dipindahkan untuk dikebumikan di Qadian.

Kebanyakan umat Islam menganggap aliran Ahmadiah yang berdasarkan ajaran Mirza Ghulam Ahmad dari Qadian, India, sebagai sesat kerana pengikutnya percaya Mirza Ahmad ialah penyelamat.

Komuniti Ahmadiah mendakwa mempunyai puluhan juta pengikut di seluruh dunia. Ibu pejabatnya kini terletak di Britain.

Terdapat juga kehadiran ramai pengikut Ahmadiah di Pulau Pinang.

Wan Salim berkata, antara kepercayaan fahaman itu ialah Mirza Ahmad ialah nabi yang menerima wahyu dan mempunyai mukjizat.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang turut memutuskan pengikut Ahmadiah bukan umat Islam.

Beliau berkata, pihak berkuasa agama tidak boleh menghalang pengikut Ahmadiah mengamalkan ajaran mereka, tetapi mereka boleh didakwa kerana menyebarkan ajaran itu kepada umat Islam lain.

“Orang bukan Islam tidak boleh dihukum dengan hukuman murtad.”


MR : Mufti pun jadi pening semenjak PH menerajui negara. Rakyat boleh lihat siapa sebenarnya yang menjual agama...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

17 ulasan:

  1. Ahmadiah dah mai dah....
    Nanti ada yang masjid Brelvi.
    Semakin porak peranda Malaysia.

    BalasPadam
  2. apa kata mufti perlis

    BalasPadam
  3. jika mereka bukan islam sekarang ini .. bukankah sebelum mereka menganut ahmadiah mereka orang islam ? jika sebelumnya islam dan sekarang bukan islam maka ini di namakan murtad .. apakah islam membenarkan murtad pak mufti ?

    BalasPadam
  4. Mereka sesat. Mirza Ghulam mengaku Nabi. Nabi palsu inikan sepatutnya di bunuh aje.

    BalasPadam
  5. Malaysia jahanam, jahanam, jahanam. .. syok juga tengok keluarga 69...bolehkah PAS memenangi hati pengundi2 melayu dlm isu-isu muktakakhir ini?

    BalasPadam
  6. Dia ni ditugaskan utk jaga kesucian islam ke apa

    BalasPadam
  7. Lepas ni boleh dah rakyat msia buka restoran segera nama mekdollah dan bila mcdonald nk saman ckp jer kami bkn mcdonald...

    BalasPadam
  8. Apa pya statement ni?
    Penyakit celaru apa yg menimpa mufti ni? Maaf cakap la.. Statement cari makan ni... Dah sesat tu nak kaver apa lg... Lagi dibiaq lg bahaya.. Lubang kesesatan kena tutup. Mencegah lebih baik dari mengubati..
    WaAllahu'alam..

    BalasPadam
  9. Harap pimpinan PAS atau umat islam blh jumpa tuan mufti utk perincian apa yg diutarakan. Supaya tiada kekeliruan
    . Gaya ulasan macam nak berlepas tangan pada tanggungjawab.

    BalasPadam
  10. Harap tn Mufti tidak gopoh keluar statement.. Adakah Ahmadiah itu satu agama? Dan kaji asal usul ahmadiah..

    BalasPadam
  11. Betullah tu. Mufti bertindak atas fatwa terdahulu yg mengatakan Ahmadiyah bukan drp Islam, so umat Islam tak boleh kacau la mereka tu. Kalau kita nak dakwa mereka murtad sebab sebelum ini mereka itu Muslim kemudian jadi Ahmadiyah/kafir, kita lah yg kena datangkan bukti dan buatlah laporan kpd bahagian penguatkuasa agama bhw satu kesalahan jenayah syariah telah dilakukan iaitu kesalahan murtad. Selagi tiada bukti dan laporan, memang tak boleh buat tindakan apa2. Sy anti pakatun tapi dalam bab ini sy setuju dgn mufti penang ni dr sudut undang2, walaupun dalam hal lain ada pendapatnya yg sy tak setuju. Sebab itulah Pas senyap je dalam isu ini. Menunjukkan Pas pun taknak diheret sama oleh pandangan2 emosi spt di atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawah ni, kes dulu 2008.. Boleh baca pengakuan ahmadiah dibawah ini. Kes terbaru yg dibawa kemahkamah adalah helah.. Pada saya, mufti perlu berhati hati keluar statement atau baik diam dulu

      Kumpulan pengikut ajaran Qadiani di Selayang enggan menanggalkan logo kalimah Allah di bangunan miliknya di Kampung Nakhoda, tegas jurucakap Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia.

      "Mana boleh suruh tanggalkannya, kita akan mempertahankannya selagi boleh," kata Ainul Yakin Mohd Zain kepada Malaysiakini hari ini.

      Awal bulan ini, sekumpulan pegawai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan secara lisan kepada pengikut ajaran itu - juga dikenali sebagai Ahmadiyah - agar menurunkan logo itu dari bumbung bangunan tersebut.

      Kerajaan Selangor hari ini dilaporkan ingin mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut, termasuk merampas tanah milik kumpulan itu, kerana menukar rumah kediaman kepada tempat beribadat.

      hasan ali selangor and the qadani qadiani ahmadiyya faith 231208 Sehubungan itu, Ainul Yakin berkata mereka ingin berbincang dengan exco agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan MPS secepat mungkin.

      "Kita sedang mengatur untuk bertemu MPS kerana tanah tapak pembinaan bangunan Baitul Salam yang menjadi tempat aktiviti pengikut kami adalah milik ahli kami.

      "Kami yang meneroka Kampung Nakhoda 40 tahun lalu, dan kini ada 15 keluarga yang mengikut ajaran Ahmadiyah," katanya.

      "Cuma yang menjadi masalah, perjumpaan dengan Dr Hasan kerana kerajaan negeri telah mewartakan ajaran ini sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam."

      Tambahnya, Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan fatwa bahawa ajaran - yang berasal dari daerah Qadian, India - sesat pada 1975 "sedangkan kami mengamalkan ajaran Islam."

      "Tuduhan Dr Hasan bahawa pengikut kumpulan ini tidak solat adalah tidak benar," katanya.

      Dr Hasan, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, dilaporkan berkata pengikut ajaran tersebut "tidak perlu mengerjakan solat, tidak berpuasa di bulan Ramadan dan tidak menunaikan haji."

      Ainul Yakin juga menyifatkan tindakan terbaru Selangor itu bermotifkan politik semata-mata kerana mereka pernah menghadapi tindakan serupa daripada kerajaan negeri bawah pentadbiran BN.

      "Pandangan serong terhadap kami bukan perkara baru. Orang ramai tidak mahu bercampur dengan kami kerana dikatakan kami bukan orang Islam," katanya.

      Padam
    2. Jadi JAIS kenalah memulakan tindakan mahkamah utk menghalang Ahmadiyah drp menggunakan sebarang label Islam pd tempat ibadat mereka agar tidak mengelirukan umat Islam. Itu saja. Kalau tak boleh buat tindakan mahkamah melalui mahkamah syariah kerana mereka sudah difatwakan sbg kafir, buat lah di mahkamah sivil dgn menggunakan apa2 peruntukan yg ada dalam undang2 sivil.

      Padam
  12. akibat tangan mengundi ph inilah akibatnya

    BalasPadam
  13. Kalau dah diletakkan dalam satu bekas dengan kumpulan 'kafir' maka adalah menjadi satu tanggung jawab moral kepada 'non-kafir' untuk mendekati golongan tersebut dengan beralatkan akal bagi menerangkan apa yang tidak betul dan apa yang betul. Paling penting, non-kafir perlu menjelaskan kepada non-kafir tentang 'pegangan nampak sama tapi sebenarnya tidaklah sama' agar tiada non-kafir yang terkeliru dan terpengaruh.

    BalasPadam
  14. Sepatutnya mufti dan mahkamah Syariah dan mahkamah sivil mengeluarkan perintah mengharamkan puak ajaran sesat lagi menyesatkan seperti Syiah, Qadiani dll dari menggunakan label 'Islam' dalam aktiviti mereka.

    Selagi puak sesat lagi menyesatkan @ kafir menggunakan label 'Islam' dalam aktiviti mereka, selagi itulah umat Islam boleh ditipu untuk menganut ajaran sesat lagi menyesatkan @ kafir.

    BalasPadam
  15. cha cha marba macam pasembor

    BalasPadam