Header Ads

ads header

Flash News

Lim Kit Siang Speaker? hampir lengkaplah perjuangan DAP


KUALA LUMPUR: Selepas berdekad lama berada di kerusi pembangkang, ahli politik paling terkenal mungkin berpindah ke kerusi speaker apabila Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali minggu depan selepas pilihan raya umum ke-14, menurut sumber yang boleh dipercayai.

Sumber itu berkata pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad bersungguh mempertimbangkan nama Lim Kit Siang, orang kuat DAP yang memenangi kerusi Iskandar Puteri, Johor pada 9 Mei lepas.

Satu pengumuman akan dibuat selepas mesyuarat mingguan Kabinet esok.

Sumber berkata nama Lim disertakan bersama sekurang-kurangnya 2 nama lain, termasuk ahli politik veteran Tan Sri Rais Yatim, yang secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada Dr Mahathir semasa kempen pilihan raya 2 bulan lalu.

“Walaupun tak sukar untuk bayangkan Rais duduk di kerusi speaker, tetapi akan ada penentangan daripada beberapa wakil rakyat kerajaan, kerana dia dilihat sebahagian daripada orang-orang lama,” kata sumber itu.

Sumber mengesahkan pemimpin PKR, Datuk Johari Abdul, yang mengetuai ahli-ahli Parlimen PKR semasa menjadi pembangkang, juga calon speaker.

Namun Johari bukan calon pilihan, ekoran bantahan daripada individu-individu berpengaruh yang merujuk kepada penglibatannya dalam Biro Tata Negara (BTN), agensi yang dikendalikan kerajaan dulu yang dikritik kerana program mempengaruhi pemikiran penjawat awam.

“Kit Siang mempunyai pengalaman selama berdekad berbahas di Parlimen, bukan sahaja dengan rakan-rakan Ahli Parlimen tetapi juga dengan speaker berhubung prosedur Parlimen,” kata sumber itu.

“Dia sangat tahu peraturan Dewan Rakyat, jadi dia perlu dipertimbangkan untuk jawatan itu.”

Pada Ahad, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan speaker baru daripada kalangan Ahli Parlimen, berbeza dengan cara BN sebelum ini.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

Jawatan itu sebelum ini diduduki oleh ahli politik Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dikritik oleh pembangkang kerana berat sebelah kepada BN, terutama dalam topik berkaitan 1MDB.

Lim, 77, menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, apabila dia memenangi kerusi Bandar Melaka untuk DAP. Sejak itu dia mewakili 7 kerusi persekutuan, termasuk Iskandar Puteri, nama baru bagi Gelang Patah, yang dimenangi pada 2013 selepas menewaskan menteri besar Johor ketika itu, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Beliau Ahli Parlimen pembangkang paling lantang di penggal pertama Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Dia digantung beberapa kali dari sesi Dewan Rakyat. Pada 1992, dia digantung kerana menuntut siasatan ke atas skandal melibatkan syarikat berkaitan MIC dan Telekom Malaysia.

Pada Mac tahun ini, dia sekali lagi digantung kerana enggan berganjak dari kerusinya apabila diarah oleh Pandikar.

Lim beberapa kali dilantik sebagai ketua pembangkang, keseluruhannya selama 30 tahun.


MR : DAP sebenar minoriti tetapi menguasai parlimen apabila dapat kemenagan 90% yang ditandingi kerana politik Islam yang bodoh....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Adakah lepas ni dewan rakyat akan berbahasa Inggeris andai Apek lim jd speaker? Sbb BM beliau pun mcm ... ..

    BalasPadam
  2. kenapa admin kata begitu? politik islam sesekali takkan menjadi bodoh.. yg bodohnya politik melayu.. atau admin yg sebenarnya dungu + tak puas hati.. mintak admin belajar lagi dan tidak menjadi bodoh sombong. tq

    BalasPadam