Header Ads

ads header

Flash News

Dr. Maszlee diberi tempoh tujuh hari


KUALA LUMPUR 14 Julai - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek diberi tempoh maksimum tujuh hari untuk menolak daripada mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Mohd. Zai Mustafa berkata, langkah itu perlu dilakukan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu berdepan rakyat yang akan membantah dengan melakukan himpunan besar-besaran.

“Mappin dan gabungan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mendapat reaksi sangat positif daripada pelbagai lapisan masyarakat di Halaman Gerakan Pembela Ummah dan semua komen menuntut supaya Menteri Pendidikan menolak UEC.

“Sekiranya Menteri Pendidikan masih berdegil untuk mengiktiraf UEC, berkemungkinan beliau merupakan menteri pertama dalam kerajaan pakatan Harapan yang bakal berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat di kementeriannya di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Dr. Maszlee menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan U’ atau dilihat flip-flop dalam meneruskan rancangan untuk mengiktiraf UEC selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

Diikuti tindakan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mengadakan pertemuan bersama wakil Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) di Putrajaya semalam dan yakin janji kerajaan Pakatan Harapan untuk mengiktiraf UEC akan tetap terlaksana.


MR : Orang kuat hisbi Islami, bila bercakap dia pasti akan tunaikan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

8 ulasan:


  1. Mampuih le hangpa Melayu PH nak sangat keuntungan yang sedikit di dunia..... Di dunia lagi telah takdirkan yang korang telah di hina sehina2nya.... Termasuk hidangan daging babi..,..Aku rasa belum pernah berlaku pada zaman penjajahan British dan Jepun dulu..,.. mereka penjajah2, sekurang2 ada menunjukkan hormat kepada Islam.

    TAK MALU KE ?????

    BalasPadam
  2. ego tinggi tak akan tolaknya mana nak letak muka

    BalasPadam
  3. ORANG ISLAM JIKA TIDAK TUNJUK KEKUATAN IA PASTI AKAN DIHINA ...

    BalasPadam
  4. jom kita turun beramai2 tunjuk kan kekuatan umat islam..jgn di pandang remeh isu yg sangat besar ini..harap dpt kumpul sekurang2nya satu juta rakyat islam..biar mereka tahu kekuatan ummah islam di malaysia

    BalasPadam
  5. Jom umat Islam turun beramai ramai apabila semboyan di bunyikan.

    BalasPadam
  6. Sokong MAPPIM menentang UEC ! Kera jaan pakatan telah memungkiri semua janji dalam manisfesto pakatan kecuali UEC yang menjadi kepentingan kaum China. Ini menunjukkan kera jaan memberi keutamaan kepada puak kafir dan menafikan hak agama Islam dan hak umat Islam.

    BalasPadam
  7. Ya Allah satukan la kami umat melayu islam menentang kerajaan munafik ini.Bangkit la bersatu buang la ego bagi sesiapa yang telah mengundi pakatan harapan.Mari la bersatu kembali wahat umat melayu islam.

    BalasPadam