Header Ads

ads header

Flash News

Jangan gopoh ratifikasi Konvensyen HAM antarabangsa


SAYA merujuk kenyataan media pertama Menteri Luar Negeri YB Datuk Saifuddin Abdullah yang bertajuk, “Saifuddin pledges to push for ratification of six international human rights conventions” yang disiarkan oleh The Star bertarikh 2 Julai 2018.

Salah satu dari konvensyen yang masih belum diratifikasi oleh Malaysia adalah International Convention Against All Forms of Racial Discrimination, Convenant on Civil and Political Rights.

Difahamkan delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) telah berusaha menjadi pemerhati semasa sesi UPR Malaysia yang telah berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland.

Mereka telah melobi pihak Kerajaan untuk tidak meratifikasi syor-syor ICCPR khususnya kerana terdapat percanggahan peruntukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Malah, lebih kritikal lagi apabila tuntutan-tuntutan yang dikemukakan dalam syor ICCPR tersebut adalah selari dengan tuntutan kontroversi pihak Comango yang jelas boleh menghakis kedudukan Islam, di samping mengiktiraf kewujudan LGBT termasuk menzahirkan kewujudan Syiah di Malaysia. Hal ini akan membangkitkan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

PAS amat kecewa dengan kenyataan pertama Menteri Luar Negeri dan ia juga adalah salah satu daripada Manifesto Pakatan Harapan. Amat malang rakyat hari ini, apabila isu-isu ekonomi tidak diselesaikan oleh Kerajaan sebaliknya sibuk membangkitkan pelbagai isu yang mencabar status quo Islam dan Melayu di Malaysia.

"Sejahtera Bersama Islam"

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
20 Syawal 1439 | 4 Julai 2018


MR : Kerajaan sepatutnya terlebih dahulu membuat pengesahan atas komitmen syor-syor ICCPR bagi menjamin kedudukan Islam di negara ini ditegakkan berdasarkan lunas perlembagaan Malaysia sendiri....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Minta jasa baik admin detail kan benda2 di atas supaya orang mcm saya lebih memahami keadaan. Tq
    If ada link pun ok, bole baca sendiri

    BalasPadam
  2. Ko cari "Comango" di internet pun sudah cukup untuk ko memahami apa yang di maksudkan oleh admin.




    BalasPadam