Header Ads

ads header

Flash News

Fadiah Nadwa Fikri dipanggil polis tulisan sistem raja ‘lapuk ditelan zaman’


Fadiah Nadwa Fikri akan disiasat berhubung tulisannya mengenai kedudukan institusi Raja-raja Melayu. – Foto Sinar Online Facebook

Polis menyiasat seorang peguam aktivis, Fadiah Nadwa Fikri berhubung satu artikel ditulisnya yang dikatakan mempersoalkan institusi diraja dan berunsur hasutan.

Fadiah yang merupakan pegawai penyelidik undang-undang Pusat Menentang Rasuah dan Kronisme (C4) berkata, beliau dipanggil untuk hadir ke Balai Polis Brickfields esok selepas laporan dibuat terhadapnya.

“Saya telah dipanggil polis untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Soal siasat akan diadakan di IPD Brickfields esok pada pukul 4 petang,” tulisnya di Twitter hari ini.

Malaysiakini melaporkan Fadiah dalam tulisannya mengkritik perbuatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membongkok dan mencium tangan Sultan.

Peguam itu menulis di Facebooknya: “Terlalu banyak perkara yang berlaku selepas pilihan raya yang meresahkan.

“Pertemuan Anwar Ibrahim yang diabadikan dalam sebuah gambar di mana dia tunduk dan mencium tangan seorang manusia bergelar sultan adalah salah satu daripadanya,” katanya.

Selain mempersoalkan perlakuan Anwar, artikel itu turut mengingatkan bahawa sistem beraja atau monarki “sudah tidak boleh dipertahankan” dan telah “lapuk ditelan zaman”.

“Memandangkan wujudnya hubungan tegang antara perdana menteri sekarang dengan monarki, tidak menghairankan mengapa yang dikatakan bakal perdana menteri melakukan sedemikian.

“Apa yang meresahkan tentang perlakuan yang diabadikan gambar itu adalah budaya feudal yang tidak boleh dipertahankan dan implikasi besar yang disampainya”.

“Dalam melawan lupa, kita perlu diingatkan bahawa rata-rata di dunia, kewujudan monarki telah lama lapuk ditelan zaman. Sejarah menunjukkan bahawa absurditas institusi ini tidak lagi boleh diterima, dipertahan dan diwajarkan,” tulis Fadiah dipetik Malaysiakini.

Tidak lama selepas dibebaskan dari penjara, Anwar menghadap beberapa orang sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong.

Fadiah turut berkongsi pautan artikel panjang yang ditulis dalam sebuah blog.


MR : Makin hari makin ramai orang Melayu Islam sebenarnya meruntuhkan kedudukan Islam di negara ini.. Bila Islam terpinggir nanti jangan salahkan bangsa lain....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan: