Header Ads

ads header

Flash News

Cina boleh bersatu, mengapa Melayu tidak?



UMUM mengetahui dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, sekurang-kurangnya 95% kaum Cina mengundi Pakatan Harapan (PH). Mereka akan memilih mana-mana calon yang mewakili PH sama ada calon itu Melayu, Cina, India atau lain-lain. Corak pengundian kaum Cina ini di seluruh negara hampir sama, tidak kira di bandar atau di luar bandar. Begitu juga corak pengundian mereka tidak dibezakan sama ada seseorang itu Buddha, Taoism dan Kristian. Malah yang lebih menarik, diyakini ahli-ahli MCA dan Gerakan turut mengundi PH sekali gus menyebabkan parti yang mereka anggotai kalah teruk. Demikianlah kesatuan kaum Cina untuk mencorakkan politik Malaysia mengikut hasrat yang mereka kehendaki.

Kaum Cina menyedari, komposisi mereka yang tidak sampai 30% tidak memberi apa-apa kesan kepada corak politik Malaysia sekiranya mereka tidak bersatu. Taburan demografi mereka pula tidak sekata, tertumpu di kawasan-kawasan tertentu khususnya di Kawasan bandar dan Pantai Barat Semenanjung. Kerusi-kerusi parlimen yang bermajoriti kaum Cina adalah sekitar 33 kerusi, begitu jauh untuk mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Manakala di kerusi-kerusi marginal yang jumlah kaum mereka agak tinggi juga, sekiranya undi mereka berpecah kepada DAP dan MCA atau Gerakan, berkemungkinan kerusi ini terlepas kepada calon kaum lain. Oleh sebab itu, kesatuan adalah formula yang tidak boleh dielak.

Adalah diyakini, kaum Cina mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan pada setiap kali PRU, mereka bersatu untuk mengundi mengikut corak tertentu. Dengan mekanisme itu, pengundi-pengundi dari kalangan kaum Cina tahu parti mana yang mereka perlu pilih sama ada DAP atau MCA atau Gerakan. Mereka juga tahu sama ada untuk memilih Barisan Nasional (BN) atau PH atau PAS (Gagasan Sejahtera). Pada PRU10 tahun 1999 dan PRU11 tahun 2004, mereka bersatu mengundi BN. Kemudian pada PRU12 tahun 2008 dan PRU13 tahun 2013, mereka bersatu pula menolak BN dan mengundi pembangkang. Jarang sekali kita dapati, kaum Cina mengundi mengikut corak yang tidak sekata dalam PRU-PRU yang lepas.

Persoalannya, adakah sikap kaum Cina ini boleh dianggap rasis atau perkauman? Jawapannya terpulang kepada masing-masing, boleh jadi ada yang menganggapnya perkauman dan ada yang menganggapnya tidak. Sesetengah pihak menganggapnya rasis kerana mereka hanya mementingkan hasrat yang mereka mahu capai daripada kerajaan yang dipilih bukannya melihat kepada hasrat nasional. Manakala ada pihak yang lain menganggapnya bukan rasis, kerana memang menjadi sikap semulajadi kaum yang minoriti perlu bersatu untuk memastikan kepentingan mereka tetap terjamin. Dengan sebab itu, hampir mustahil kaum Cina akan mengundi calon Melayu di kawasan bermajoriti Cina seperti Bukit Bintang, Seputih dan lain-lain.

Situasi ini begitu berbeza dengan kaum Melayu-Muslim, sebarang seruan ke arah kesatuan akan dianggap rasis atau perkauman. Mana-mana tokoh atau pihak yang menyeru digemblengkan kesatuan umat Melayu akan terus dilabel rasis termasuk oleh segelintir Melayu-Muslim sendiri. Kecuali selepas Tragedi 13 Mei 1969, apabila PAS dan Umno bersama membentuk BN sehingga tahun 1978, seruan ke arah kesatuan umat Melayu dianggap satu yang begitu perlu. Dengan kesatuan tersebut, maka agenda-agenda besar untuk kepentingan kaum Melayu-Muslim dapat dilaksana malah turut membantu mengharmonikan semua kaum. Mungkin hanya ketika situasi ini seruan ke arah kesatuan umat Melayu dilihat tidak rasis.

Di ambang PRU14 yang lalu, secara umumnya melihat bahawa kaum Melayu-Muslim berpecah kepada empat golongan iaitu Umno, PAS, PPBM dan PKR/PAN. Perpecahan itu dari satu sudut dianggap sebagai kelemahan kaum Melayu-Muslim sendiri yang tidak dapat menguruskan perbezaan, tetapi dari satu sudut yang lain mungkin juga strategi pihak-pihak tertentu yang melaksanakan amalan ‘pecah dan perintah’. Berdasarkan keputusan PRU14, secara kasarnya boleh dianggarkan Umno memiliki 42% sokongan kaum Melayu-Muslim, PAS pula memiliki 33%, PPBM memiliki 15% dan PKR/PAN memiliki 10%. Sekiranya sokongan yang dimiliki oleh Umno dan PAS diselaraskan berkemungkinan situasi pasca PRU14 adalah berbeza.

Sebelum PRU14, usaha-usaha awal cuba dilakukan untuk menarik PPBM untuk tidak pergi kepada PH, sebaliknya bersama dengan PAS dan IKATAN dalam Gagasan Sejahtera (GAGASAN).

Sekiranya usaha ini berjaya, diyakini GAGASAN dapat mengimbangi kemenangan BN dan sekaligus menyekat kemaraan DAP yang umum mengetahui mendominasikan PH. Dengan jumlah sokongan pengundi Melayu-Muslim yang dimiliki oleh PAS dan PPBM iaitu sekitar 48% (33% + 15%), besar kemungkinan keputusan PRU14 yang dilihat baru-baru ini tidak akan berlaku. Bagaimanapun, usaha-usaha itu gagal sehingga menyebabkan situasi politik tidak menentu berlaku pada ketika ini.

Sekiranya sebelum PRU14 berlaku persefahaman (bukan penggabungan) atau electoral pack antara Umno dan PAS, diyakini situasi politik tidak menentu pada hari ini juga tidak akan berlaku.
Persefahaman kedua-dua parti Melayu-Muslim terbesar ini akan mengumpulkan tidak kurang 75% sokongan kaum Melayu-Muslim. Melalui persefahaman ini, Umno dan PAS tidak perlu bergabung malah terus bertanding antara satu sama lain. Apa yang perlu dilakukan, kedua-dua parti mengelakkan bertembung di sejumlah kerusi tertentu untuk mengelakkan PH menang. Sudah pasti persefahaman seperti ini adalah sebuah mimpi ngeri kepada PH justeru mereka terus menyerang usaha ini dengan pelbagai tohmahan.

Memang benar pandangan banyak pihak, kesatuan umat Melayu adalah sesuatu yang cukup mahal untuk dicapai. Kesatuan itu hanya dirindui bila berlaku Peristiwa Penentangan Malayan Union atau insiden yang seumapamanya. Golongan yang cuba memupuk kesatuan umat Melayu akan dituduh dengan pelbagai tohmahan seperti rasis atau perkauman, tiada semangat negara bangsa, berada dalam tempurung, tidak terbuka dan sebagainya. Meskipun, Islam yang menjadi pegangan kaum Melayu-Muslim adalah sangat menekankan kesatuan berteraskan Ukhuwah Islamiyah, prinsip seumpama itu tidak memberi pengaruh melainkan bila kaum Melayu-Muslim memang merasa rindu dengan kesatuan itu.

Suasana Pasca-PRU14 telah memperlihatkan siapa PH sebenarnya. Mereka bukan sahaja tidak menepati janji manifesto mereka kepada rakyat, tetapi sudah mula bertindak seperti anai-anai mahu meruntuhkan tiang-tiang seri pembinaan negara Malaysia. Usaha sudah mula dilakukan untuk meletakkan taraf kedudukan Islam di Malaysia sama dengan agama-agama lain. Desakan juga telah dicetuskan untuk mengganggu-gugat Institusi Raja. Kedudukan Bahasa Melayu pula sudah semakin diperkecilkan dalam urusan rasmi dan dasar pendidikan. Hak istimewa bumiputera semakin dicemburui apabila timbul suara-suara sumbang mempersoalkannya. Adakah perkembangan-perkembangan ini menggamit rindu kaum Melayu-Muslim bersatu?

Ketika persoalan ini berlegar, berlaku Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Kandis. DUN ini mempunyai hampir 73% pengundi Melayu-Muslim, iaitu ini komposisi yang signifikan untuk melihat adakah situasi menggamit rindu ini sudah berlaku? Dalam konteks PRK ini, ‘persefahaman’ dilihat sudah berlaku, iaitu apabila PAS tidak bertanding. Tindakan seperti ini berkemungkinan dapat mengelakkan pengundi Melayu-Muslim agar tidak lagi menjadi mangsa amalan ‘pecah dan perintah’. Sekarang terpulang kepada pengundi-pengundi Melayu-Muslim di Sungai Kandis. Merekalah yang yang sewajarnya menjawab soalan ini, jika pengundi Cina boleh bersatu, mengapa pengundi Melayu tidak boleh?

DR MOHD ZUHDI MARZUKI

MR : Persatuan Melayu mestilah diasaskan atas Islam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

15 ulasan:

  1. Beribu tahun Nanking berantakan dan berpecah belah, dijajah dan di tindas hinggakan tiada kemajuan dan kemodenan yang dapat dijelmakan untuk warga lokal mahu pun warga dunia.

    Kini nanking tidak seperti dulu, Nanking telah sembuh dan lantas dapat meluruskan dan merapatkan saf, sengketa lama dilupakan dan akhirnya dapat melangkah dengan yakin dan segak sekali.

    Tanah Melayu juga seperti Nanking, bersengketa dan dijajah. Namun kadar sembuhan luka tidak sama. Sembuh tapi belum cukup cergas. Sembuh tapi saf tidak lurus dan renggang-renggang.

    **Tanah Melayu perlukan lebih banyak masa dan suplemen tambahan untuk sembuh penuh dan seterusnya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri yang senasib dan sama waktu dengannya?

    BalasPadam
  2. Action speak louder than words

    BalasPadam
  3. Selagi melayu berpenyakit al-wahnu selagi itu sukar nak bersatu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua penyakit ada ubatnya, cumanya perlulah dicari. dari sudut lain, penyakit adalah ujian. Lagi parah penyakit itu atau bila penyakit sampai tahap nyawa2 ikan lagilah besar ujiannya. Namun satu yang positif ialah ujian yang besar itu menimbulkan keinsafan. Yakni setelah menempuh keparahan barulah akan datang kesedaran tentang pentingnya cegah sebelum parah: 'bersatu sebelum kena lutu'.

      Padam
  4. Beri laluan pada PAS. UMNO bubar habis cerita.

    InsyaAllah kalau kalah ni UMNO bubar terus. Lepas tu semua Melayu akan masuk PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko wakil TGHH ke ??? Nampak lebih hebat dari Tuan Guru lagi.



      Padam
    2. Kalau saya wakil Tok Guru , Tok Guru itu wakil siapa ?

      Sila saudara fikirkan.

      Padam
  5. Haha...semua Melayu Islam masuk dlm kem PAS...insyaAllah baru bertemu buku dgn ruas antara PAS dan PH...UMNO dibubarkan terus...atau hanya pd nama shj...
    Kalau boleh camni, tgok lah nanti brp ramai Melayu Islam dlm PH yg akan berbondong2 masuk PAS...insyaAllah

    BalasPadam
  6. Haha...semua Melayu Islam masuk dlm kem PAS...insyaAllah baru bertemu buku dgn ruas antara PAS dan PH...UMNO dibubarkan terus...atau hanya pd nama shj...
    Kalau boleh camni, tgok lah nanti brp ramai Melayu Islam dlm PH yg akan berbondong2 masuk PAS...insyaAllah

    BalasPadam
  7. Jika UMNo mahu berkerjasama dengan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam, UMNo perlulah kembali kepada ajaran Islam yang berasaskan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' dan menghormati hak umat Islam dan meninggalkan semua ideologi sesat lagi menyesatkan seperti nasionalisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme dll.

    Untuk mencapai tujuan murni ini, pemimpin-pemimpin UMNo sekular dan liberal yang selama ini bersikap seperti duri dalam daging kepada agama Islam dan umat Islam perlulah melepaskan jawatan mereka kepada pemimpin-pemimpin baru UMNo yang cenderung kepada agama Islam dan hak umat Islam.

    Kita bimbang sebilangan pemimpin dan ahli UMNo yang biasa hidup mewah kerana dedak UMNo dan projek UMNo akan berpaling tadah dengan menyertai pakatan liberal-kafir harbi kerana ketiadaan dedak UMNo.

    Inilah mentaliti dedak yang berbahaya kepada agama Islam dan umat Islam. Kerana dedaklah sebilangan orang Melayu sangguo menjadi khadam penjajah dan sekarang menjadi khadam pakatan menghina ajaran Islam, menentang perjuangan Islam dan mengkhianati umat Islam termasuklak kaum Melayu Islam sendiri.

    Sebaliknya pemimpin dan ahli PAS sudah biasa menghadapi pelbagai kesukaran, halangan dan penindasan sejak zaman UMNo-BN berkuasa lagi maka kemungkinan pemimpin dan ahli PAS untuk melompat parti adalah sangat rendah.

    Alhamdulillah puak liberal telah keluar dari PAS untuk menyertai pakatan liberal-kafir harbi maka PAS menjadi lebih kuat, kukuh dan berpotensi untuk mencabar dan mengalahkan pakatan. Maka kita tidak merasa hairan melihat barua-barua @ cybertrooper @ tentera kacang merah ternakan DA-Pig sentiasa mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan PAS kerana PAS berpotensi untuk mengalahkan pakatan dalam PRU15.

    Untuk mengalahkan pakatan yang bersikap anti-Islam dan anti-umat Islam, semua umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam pimpinan ulama Islam supaya PAS boleh membentuk kerajaan persekutuan yang boleh melindungi dan membela agama Islam, ulama Islam, institusi Islam dll dan hak umat Islam dan rakyat.

    Jika semua umat Islam bersatu padu menyokong PAS dalam PRU15, semua undi orang kafir tidak boleh mengalahkan undi umat Islam di negara ini kerana kita umat Islam adalah rakyat majoriti. Yang penting semua umat Islam mestilah menyedari betapa pentingnya PRU15 untuk menentukan agama Islam dan umat Islam terus wujud di negara ini kerana pakatan tidak berminat untuk membela agama Islam dan umat Islam.

    Semua janji bulan dan bintang dalam manifesto pakatan telah dimungkiri oleh pakatan sendiri kecuali janji yang menguntungkan orang kafir seperti UEC dll. Jangan biarkan diri kita ditipu dua kali oleh pakatan yang sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah. Satu ulasan yang mantap dan terang.
      Nak bergabung/kerjasama kena ada perjanjian. Kena ada syarat. Syaratnya mudah aje : ikut Islam. Itu aje.
      Kalau bergabung tapi jadi duri dalam daging buat apa ? Buat sakit aje.
      Biarlah apa orang kata "kita angkuh ke ego ke .... " yang penting kita sekarang sudah bergerak dengan kemas dan maju dalam dua negeri. Takde masalah. Takde gaduh gaduh. Smooth aje. Kita mahu begitu.

      Padam
  8. Bla.. bla.. bla..
    B kata dia plg kuat..
    P kata dia la yg plg kuat skg..
    D senyum ketawa tgk perangai B sama P.
    D ckp jgn risau, duduk tgk D main mahjung ja.. Ini B sama P takkan duduk satu meja punya maaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. D takut B bagi P bertanding sorang.

      Padam
    2. Jangan begitu saudara.
      PAS tak pernah pun kata diri kita kuat.
      Yang kuat hanyalah Allah.
      Kita mahu UMNO ikut agama Islam sepenuhnya bukan sipi-sipi bukan sekerat-sekerat.

      Padam