Header Ads

ads header

Flash News

Barang kemas dirampas polis, Rosmah disaman tukang emas Lubnan


PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disaman seorang tukang emas dari Lubnan berjumlah hampir RM60 juta selepas 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dirampas pihak berkuasa Mei lalu.

Malaysiakini yang memetik dokumen Global Royalty Trading (GRT) memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Menurut laporan itu, antara barang kemas tersebut termasuklah kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap 1 bernilai antara AS$124,000 (RM499,000) hingga AS$925,000 (RM3.7 juta).

Firma itu mendakwa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, mengakui menerima barangan bersebut.

“Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia,” menurut tuntutan itu.

Dalam tuntutannya, GRT memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut.

Firma itu juga memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah wajar membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Pengurusan kes mengenai tuntutan itu akan diadakan hari ini.

Firma yang berpangkalan di Beirut itu juga mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.

GRT mendakwa sebelum ini, pihaknya menghantar barang kemas kepada Rosmah untuk dipilih dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ke-3. Manakala barang kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Rosmah juga dikatakan meminjam barang kemas tersebut yang disertakan dengan memorandum penyerahan, dan dia atau ejennya akan menerima barangan itu di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Pada Mei lalu, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di sebuah kondominium mewah, dipercayai berkaitan dengan Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan kes 1MDB.

Pada 27 Jun, polis berkata hasil pengiraan ke atas beg tangan berjenama, barang kemas dan wang tunai yang dirampas itu berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Polis turut merampas 12,000 jenis barang kemas dalam 25 beg yang semuanya berjumlah RM440 juta, termasuk 1,400 utas rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,600 kerongsang, 2,800 pasang subang dan 14 tiara.

“Barang kemas termahal yang dirampas dari serbuan di premis berkaitan Najib ialah seutas rantai leher bernilai RM6.4 juta.”

Beliau berkata, harga itu hanya kos berlian dan emas yang tidak termasuk upah mereka bentuk dan pertukangan, di mana harga pasaran 50% hingga 100% melebihi harga kos dan ini bermakna angka sebenar mungkin berjumlah RM660 juta hingga RM880 juta.


MR : Nampak macam makin panjang cerita barang kemas dan duit bekas PM....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Amar Sing ...jgn rampas barang kemas orang punyalah...Datin Rosmah tak beli lagi..kan dah kena Amar Sing..duit tak ada cop Umno..habis duit dlm wallet Amar Sing ada cop Amar Sing ke....Allah kan ada..pasti akan ada pertolonganNya... bnyak berdoa DS Najib sekeluarga ok

    BalasPadam
  2. Nilai emas selalunya naik sementara nilai mata wang adalah tidak menentu. Makanya ada yang berpendapat lebih baik simpan emas dari simpan wang tunai.

    BalasPadam
  3. Tak semestinya apa yang ada di rumah Najib adalah seratus peratus milik Najib. Contohnya kalau kamu baru membuat pinjaman kenderaan, kenderaan tersebut bukankan 100 % milik kamu lagi walau pun di berada di rumah jamu.

    Jangan marah le , tapi nampak sangat bengong nya PDRM nih.


    BalasPadam
  4. Wah semakin menarik kes ni...maknanya bukan semua rampasan tu milik rosmah & najib.

    BalasPadam