Header Ads

ads header

Flash News

Bagaimana 1MDB selepas AG Switerland Sahkan Najib Bukan Antara Yg Disiasat?


Berdasarkan kajian ringkas saya, Malaysia mungkin satu-satunya negara dari beberapa negara di dunia yang menyiasat Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal berkaitan 1MDB?

Dari carian di Internet, didapati, tidak ada satu pun dari beberapa negara dimana laporan mengenai 1MDB dibuat, yang menamakan Najib secara rasmi dalam siasatan mereka, hanya negara ini sahaja.  Mungkin sebab semua negara berkenaan rakyatnya yang tidak lah ramai yang uneducated seperti disini, sehinggakan hanya berasaskan janji palsu semata-mata, sanggup tukar kerajaan.

Menariknya, Najib disiasat mengenai 1MDB bila syarikat itu tidak pun membuat laporan kehilangan wang!!  Jika dulu alasannya 1MDB dibawah pentadbiran BN, sekarang dah tukar pentadbiran Pakatan dengan Pengerusi yang baru dilantik pun, laporan yang dimaksudkan masih belum ada.

Tapi di sana sini kita mendengar tentang kononnya duit 1MDB dicuri, anehnya, laporan dari 1MDB sendiri yang mengatakan duitnya hilang dicuri, tidak ada.  Jadi, yang disiasat ni berkenaan apa?  SRC?  SRC bukan lagi sebahagian dari 1MDB sejak 2012!!

Sekarang, bawa pulak Peguam Negara Switzerland ke sini, hanya untuk mengesahkan lagi bahawa Najib bukan antara individu yang disiasat – lagilah cerita ini menjadi bertambah lucu.

Lebih kurang ceritanya polan A bawak polan B dari jauh semata-mata untuk “mengenakan” polan C, datang polan B, sahkan bahawa polan C bukan antara yang disiasat.

Persoalannya sekarang, apa selepas ini?


MR : 1MDB adalah isu untuk menjerat Najib kerana Najib 'bodoh' dalam mengendalikan 1MDB kerana Najib fikir kuasa sentiasa berada disebelahnya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. episode demi episode telah bermula

    BalasPadam
  2. jumlah wang Petronas yang tidak dapat di perakukan dan dipertanggungjawabkan sejak 1974 adalah melebihi 500 bilion. telah lama dibangkitkan tapi senyap sepi.

    tidak ada kes berkaitan wang Petronas yang disiasat di luar negara. maknanya dalam hal wang Petronas, tangan ghaib itu tak dikenali sampai ke sudah.

    BalasPadam
  3. Dalam isu mega skandal (30 bilion lesap) membabitkan perjudian Forex BNM, persoalan tentang bagaimana Mof dan PMO tidak menyedari akan keberlakuan kes amatlah menghina keupayaan berfikir bagi otak2 yang waras.

    BalasPadam
  4. walaupun yang dipersepsikan sebagai bertanggungjawab adalah si bos tapi bila orang bawah yang terlibat, si bos boleh terlepas. contoh terkini adalah penyelewengan dana projek pembekalan air paip di Sabah. ianya di NFA kerana carta aliran dananya terlalu merumitkan!!!???

    BalasPadam
  5. Najib tu "kambing hitam" je.. bukan dia yg curi duit 1mdb
    tu pun tapi nak wat mcm mana.. dh najib terlalu baik, berlembut dan x tegas sampai diperguna.

    BalasPadam
  6. Bagi saya najib ni lemah dlm berpolitik.. Dia dok rasa dia blh menang.. Dia biaqkan musuh dia menyerang dia.. "hasutan" demi "hasutan" oleh rapizi n gang diabaikan.. Si isterinya rosmah pun telah menjadi satu pukulan smash utk dia.. Najib patut turun sblm PRU 14 jika dia betol2 nk selamatkan umno dan checkmate musuhnya.. Tp dia x mau.. Dia jgk blh tubuhkan RCI utk isu memali dan kes2 berkaitan musuh politiknya.. Disebabkan dia slow dan mempunyai penasihat dan menteri yg slow jgk, ni la habuannya.. Nasib mu la najib. Semoga tabah dgn apa yg berlaku sambil mengharapkan keajaiban drpd PM in waiting si Anwar tu..
    WaAllahu'alam..

    BalasPadam