Header Ads

ads header

Flash News

Umno di ambang revolusi


UMNO dengan tiga juta ahlinya yang dilihat padat menjelang PRU14 tidak siapa dapat menduga ia boleh diumbang-ambingkan dalam waktu yang terdekat. Demikian juga tidak siapa dapat meremehkan PKI – Partai Komunis Indonesia – yang anggotanya dua juta – disokong pula oleh Presiden Sukarno boleh diapa-apakan sebelum kegagalannya merampas kuasa yang dinamakannya Gestapu (Gerakan September Tiga Puluh), 1965.

Kegagalan Gestapu itu menjadikan dua juta ahli PKI itu hancur tidak berbenih hingga hari ini.

Umno nampak padat itu seolah-olah lompang di dalam. Berikut kekalahan yang tidak disangka ramai malam 10 Mei lalu, tiga juta ahlinya termangu-mangu, hilang taring dan melutut kepada kehendak demokrasi.

Ada suara terpinggir dari mereka menuntut Najib berundur justeru menerima tanggungjawab atas kekalahan pertama kali itu. Sebelum suara itu merebak seperti reaksi umum terhadap suara seorang kanak-kanak yang bertanya mengapa Raja tidak berbaju dalam cerita rakyat Raja Berbaju Baru, maka Najib melepaskan jawatan Presidennya.

Jika Najib tidak cepat berundur mungkin ruap panas hati Umno meletup. Najib tinggalkan Umno kepada Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein bagi menyempurnakan Perhimpunan Agung Umno Jun 30 ini. Tidak tahan dengan ujian itu Hishammudin tinggalkan Zahid seorang diri.

Justeru Majlis Tertinggi Umno bubar berikutan pemilihan pimpinan pada Jun 30 ini, semua ahli Umno bangun memburukkan amalan dan tradisi kepimpinan lamanya kecuali yang di Pekan, buruk baik mereka bersama Najib seperti setianya Hang Tuah kepada Raja Melaka.

Tidak pernah jawatan Presiden itu dicabar kecuali ia kosong dalam dua sejarah. Pertama ketika ia dikosongkan oleh Dato Onn. Tunku Abdul Rahman Putra dan Haji Ahmad Fuad bertanding. Ada yang kata calon ketiga Mustapa Hussein dari Larut-Matang. Sejarah kedua berikutan kematian Tun Razak. Pemangku Presiden Perdana Menteri Hussein Onn dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin.

Tiada yang berani mencabar pemimpin kecuali Sulaiman Palestin. Sama tidak beraninya orang menegur Najib termasuk Khairy Jamaluddin. Semuanya takut jadi macam TS Muhyiddin Yassin.

Sesudah Umno tidak berketua, Zahid yang digerun semasa Najib berkuasa dan diamanah Najib sebagai warisan pertamanya memimpin parti tidak dipeduli lagi oleh setengah Umno. Enam orang mencabar Zahid dan yang popularnya Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaludin.

Kebanyakan ahli berbagai lapisan menyalah dan memburukkan pimpinan selama ini. Kerana Najib melepaskan diri dari awal, Zahid yang setia itulah memikul luahan semua terhadap Umno selama ini. Ku Li tawar diri jadi calon Presiden dari zaman Mahathir hingga zaman Abdullah Badawi setiap kali ada pemilihan. Tetapi tidak pernah tawar diri semasa Najib. Sesudah tinggal Zahid dan dipercayai selepas istikharah, dia jadi calon.

Khairy melepaskan diri dari belenggu yang ditinggalkan Najib, menggunakan politik beri laluan kepada anak muda untuk memenangi pertandingan Presiden itu. Politik anak muda ini mendominasi seruan semua parti politik dalam PRU14.

Khairy tinggalkan TN50, tumpu isu anak muda. Zahid tiada pilihan bergantung kepada siapakah agaknya yang masih setia kepada Najib. Satu cara mudah menang ialah memburukkan Najib, tetapi Zahid tidak mampu memburukkan Najib. Jika dia memburukkan Najib, seperti memburukkan diri sendiri.

Selepas Umno dan Najib tumpas ini, semua oang Umno bangun. Mana-mana ketua bahagian pertahankan jawatan dicabar. Shahidan Kassim dan Noh Omar kiranya masih kekal, belum tentu selamat tiga tahun lagi.

Umno kini berada di ambang revolusi dalaman.

SUBKY LATIF


MR : Baik juga revolusi jangan "Reverse osmosis" dahlah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Lain hulu lain parang: pemimpin dulu2 dipilih berdasarkan penilaian dari para ahli2 itu sendiri. Jarum2 atau pengaruh dari luar sukar untuk menembus masuk.

    Dulu2 kalau menang bukanlah kerana pertandingan tetapi kerana tiada pertandingan. Bukan tiada yang hendak bertanding tetapi kerana 'sekatan dan peraturan'.

    Menang tanpa bertanding atau menang by default (disebabkan ada sekatan ke atas pertandingan) tidaklah semanis kemenangan susulan adanya pertandingan atau susulan pencalonan dibuka tanpa sekatan.

    Kini, penantian orang di dalam menjelang PAU sudah menjadi penantian orang di luar. Suara2 dari luar sudah sama besar seperti suara2 di dalam. Keaktifan dan keagresifan kempen tidak lagi di sekat oleh 4 dinding dewan.



    BalasPadam
  2. Yang penting dapigs mesti dihancurkan

    BalasPadam
  3. yesss.Dapigs..dan sekutunya yng membawa virus cancer perlu dibendung sebelum merebak dgn pantas...ingat..kera jaan PH ni..yng diketuai Dapigs..ada agenda
    murtadkan..orang Islam
    membawa agenda..lgbt..pluralisme..sekularisme...so tahniah kepada pengundi yng pangkah PH..sbb kamu dapt saham...dan menjawablah nanti.depan Allah ..ok

    BalasPadam
  4. zaman dulu pemimpin umno terdiri drpd cikgu2 org yg di hormati..

    BalasPadam
  5. Petrol RM 1.50 se litre mana ??

    Kalau Dr MAZA yang pro Mahathir pun berkata janji wajib di kotakan. So apa lagi yang hendak diharapkan dari orang mungkir janji.

    BalasPadam

  6. Tengok dulu sejarah.... Sejak tahun bila UMNO mula berpecah dan, siapa Presiden UMNO ketika perpecahan berlaku. Sejak empat tahun Rakyat telah menuduh Najib sebagai pencuri, lanun dan sebagainya, Tetapi Mahathir sendiri mengakui bukti belum kuat untuk mengheret Najib ke mahkamah.... Sekarang mereka cuba mencari bukti yang kukuh...dan mungkin terpaksa menjana bukti kukuh sebagai pilihan terakhir untuk menempatkan Najib di penjara.

    BalasPadam