Header Ads

ads header

Flash News

Tinggalkan Ketupat Rendang, Semboyan Berbunyi Panggil Berjuang


Tatkala Islam tercabar, Hanzalah Al Ghasil meninggalkan isteri yang baru dikahwini demi jihad. Tiada bulan madu. Hatta tak sempat mandi junub. Kemuliaannya terpancar. Jasadnya basah dimandikan oleh para malaikat di medan Uhud.

Belumpun sampai 100 hari DAP/PH berkuasa. Nafsu rakus bagai menggila. Apa dicita itulah dilaksana. Mendesak dan mengubah semahu-mahunya. Sedangkan umat leka , letih tak bermaya. Melahap ketupat dan rendang di rumah terbuka.

Tidak sayugia lagi kita menunggu esok untuk bangkit meneruskan perjuangan. Islam dan bangsa ini semakin diasak ke sudut gelanggang. Di mana posisi kita apabila musuh dalam diam dan dalam terang  terus mempamerkan hanelang.

~ Agama lain minta bebas dilaksanakan.
~ JAKIM dan institusi Islam dalam ancaman.
~ Pemansuhan agama pada kad pengenalan diajukan.
~ Muslimah dibenarkan berkahwin dengan non-muslim jadi cadangan.
~ Jawatan-jawatan strategik negera telah ditawan.
~ Bahasa kebangsaan dibakulsampahkan.
~ Pilihanraya kerajaan tempatan menunggu giliran.
~ Persempadan semula kawasan pilihanraya pastinya setelah matang.

Melayu haprak dijadikan batu loncatan.  Hasrat menjadi menteri sudah diperolehi. Angguklah saja apa  peduli. Apa nak jadi kepada anak bangsa dan agama sendiri. Dulu BN kencing berdiri. Kini giliran PH kencing berlari.

Jangan hairan ke mana lantang suara Mat Sabu menghilang. Jangan ditanya  ke mana kelibat Ustaz Ahmad  Awang yang pernah dijadikan ayam tambatan. Jangan dibilang reformasi berehat panjang. Suara yang dikatakan keramat sudah bertuankan mahafiraun yang kini dijulang.

Sahabatku,
Tiupan semboyan telah kedengaran. Cukup-cukuplah berjamu ketupat dan rendang. Umat ini mesti segera disatukan. Dalam satu wadah bernuansakan Islam.

Hanzalah! Hanzalah! Hanzalah! Masih adakah lagi Hanzalah?

#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukIslam

BayangDiAir

25/6/2018


MR : PAS kena ada team yang agresif untuk menghalakan fokus isu-isu dan bagaimana menawan media....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Ketupat dan rendang, lemang dan serunding boleh disejuk bekukan dan boleh disimpan untuk di sajikan kemudian hari. Bubur tak boleh di sejuk bekukan yakni perlu proaktif bertindak sebelum nasi jadi bubur.

    BalasPadam
  2. Xde gerakan dr tok mufti...
    Tok mufti sibuk cari publisiti..
    Nnti dia tnye Islam yg mcmana yg nk dijuangkan...
    Membungkam umat kerana lidah si tok mufti...

    BalasPadam
  3. Bayang di air....
    Setuju dengan MR. PAS mesti ada team.
    Team PAS mesti menyeluruh. Mesti ada shadow cabinet. Bahagian Ekonomi PAS , Bahagian kesihatan PAS ,,Bahagian Pengangkutan , Bahagian pendidikan.... semua kena ada. Kena ada specialist. Kena buat "Government in waiting"
    Barulah dapat bina keyakinan orang Melayu terhadap PAS. Wassalam.

    BalasPadam

  4. Kambing2 yang keluar dari kelompok (group) yang akan di baham oleh serigala.

    BN dapat 3+ juta undi 99 % adalah Melayu
    PAS dapat 2+ juta undi semua Melayu
    Jumlah pengundi Melayu dianggarkan sebanyak 6.5 juta.
    So pakatan hanya mendapat 1.5 juta sahaja undi Melayu....dan di bahagi kepada tiga parti komponen , PKR , Amanah dan PPBM.....

    Enta fikir le sendiri !!!

    BalasPadam