Header Ads

ads header

Flash News

Sri Ram dakwa Daim desak Raus, Zulkefli letak jawatan hakim


Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin didakwa mendesak Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletakkan jawatan masing-masing.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mendakwa ia sebagai "rahsia umum" yang terjadi ketika pertemuan di pejabat Daim.

Tidak jelas bila pertemuan itu berlaku. Malaysiakini telah menghubungi Raus dan sumber yang dekat dengan Daim untuk pengesahan.

Sri Ram berkata Daim tidak sepatutnya menuntut peletakan jawatan Raus dan Zulkefli, sambil menjelaskan ia melanggar perlembagaan bagi sesiapa selain perdana menteri untuk membuat tuntutan berkenaan.

"Walaupun ini mungkin didorong oleh niat yang terbaik, apa yang berlaku adalah sangat salah.

"Daim bukan perdana menteri dan walaupun perdana menteri telah meminta beliau untuk melakukan apa yang beliau lakukan, beliau sepatutnya menolak dan meninggalkannya kepada peguam negara, perdana menteri dan kabinet untuk mengendalikan perkara ini.

"Lagipun, kami tidak mahu kembali ke zaman dahulu apabila tiada penghormatan terhadap pemisahan kuasa dan kepatuhan kepada peruntukan perlembagaan," kata Sri Ram dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Peguam kanan itu berkata keadaan bertambah buruk, apabila Raus dan Zulkefli "menyetujui" jemputan bertemu Daim.

"Perlu diambil perhatian, jika mereka percaya bahawa pekerjaan mereka yang berterusan di pejabat masing-masing adalah wajar, mereka sepatutnya menolak jemputan (bertemu Daim) itu secara bermaruah," katanya.

Kedudukan semasa Raus dan Zulkefli sebagai ketua hakim negara dan presiden mahkamah rayuan menjadi kontroversi kerana mereka telah dilanjutkan tugasnya melangkaui umur persaraan wajib untuk hakim persekutuan dan cara penyambungannya juga dipersoalkan.

Sri Ram berkata jika kedua-duanya menolak pelanjutan jawatan mereka dahulu, mereka tidak sepatutnya mengalami "penghinaan" kerana dilayan "tidak lebih baik daripada budak suruhan pejabat."

Oleh itu, beliau berkata kedua-duanya harus meletak jawatan sekali gus atau peguam negara perlu memberitahu mahkamah bahawa kerajaan tidak lagi menyokong pelantikan mereka sebagai menepati kehendak perlembagaan.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. Bila baby boomer bergaya lebih sudu dari kuah, serta merta ia akan merosakkan reputasi Pakatan Hipokrasi dan sekaligus menimbulkan persepsi pemerintahan ala Berbilang Jejari dan Kuku2 Titanium.

    Apa nak jadi

    BalasPadam