Header Ads

ads header

Flash News

Sangat ajaib Tun M tidak tahu penglibatan Vincent Tan


TUN Mahathir tidak tahu Tan Sri Vincent Tan dan T7 Global Bhd terlibat di dalam projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) ketika menjawab soalan wartawan mengenai ECRL. Tidak logik langsung. Kita akur Tun orang yang pengetahuan luas.

Jack Ma pun puji Tun kerana mahir dalam IT dan mempunyai pengetahuan tentang jualan online. Tiba-tiba Tun kata tidak tahu menahu mengenai penglibatan Vincent Tan dalam ECRL.

Vincent Tan kita tahu sahabat karib Tun sejak dahulu lagi. Beliau seangkatan dengan tokoh korporat yang lain seperti Ananda Krishnan, Robert Kuok, Ting Pek Khing, mendiang Eric Chia. Mereka cukup intim dengan Tun sewaktu 22 tahun menjadi PM. Sekarang muncul kembali.

Menurut The Edge Markets, selepas PRU14 pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan muncul sebagai pemegang saham utama T7 Global dengan pengambilan 21 juta saham atau 5.04 peratus kepentingan.

Saham T7 Global Bhd melonjak sehingga 34.5 peratus susulan laporan berita projek ECRL diteruskan di bawah kerajaan.

Tak kisahlah tu, tiba-tiba Tun Mahathir kata tidak tahu. Ajaib.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS


MR : Mahathir sangat bijak dalam menangani wartawan. Jawapan paling dia suka "saya tak tahu", "saya tak terlibat", "bukan saya". Pimpinan PAS kena belajar cara berhadapan dengan wartawan, jangan betul lurus sangat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. maklumlah...klau DS Najib cakap tak tahu...atok kata DS Najib penipu...so now...bila Atok dan vincent tan kata.. mereka tak tahu...kita yng tahu lakonan mereka nak kata apa....oh....tak tahu...atau kura2 dlm perahu...ish ish ish ish...tak takut ke...atok..Allah dan malaikat kiri kanan tu..atok

    BalasPadam
  2. Cara pintas dan ekspres untuk buat do-it:

    1. Mulakan dengan perkataan 'dibatalkan', saham jatuh macam nangka buruk.

    2. Beli nangka buruk dengan harga amat murah

    3. Umumkan pembatalan adalah dibatalkan yakni projek akan berjalan, saham naik semula pada kelajuan lif di KLCC

    4. Jual lif tadi, dapat untung lumayan dalam tempoh tak sampai 100 hari pun.

    Nah apapun akan terjadi, sama ada keretapi laju akan sampai ke ganu/kelate atau pun tidak, poket sudah kembong dan boleh ROTFL menuju bank.

    Wakakaka

    BalasPadam
  3. HAHAHA..Dulu apa nama... apa nama...sekarang tidak tahu....dua dua dah tidak relevan...

    BalasPadam