Header Ads

ads header

Flash News

Nurul Izzah Pandai Berbahasa Tamil Rupanya…


HEBAT… Siapa sangka, pemimpin wanita kesayangan ramai penyokong PH, iaitu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebenarnya mampu memahami bahasa Tamil.

Dalam satu video yang tular menerusi media sosial sejak malam tadi, Nurul Izzah dilihat seolah memahami apa yang disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dalam bahasa Tamil.

Puteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat mengangguk-angguk tanda setuju dengan kenyataan ‘bernas’ Kulasegaran dalam satu sidang media bersama, semalam.


Sewaktu Kulasegaran menjawab soalan dalam bahasa Tamil, Nurul Izzah malah kelihatan bersungguh-sungguh mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh pemimpin DAP Perak itu.

Jika difikirkan, tidak mustahil sekiranya Nurul Izzah benar-benar fasih berbahasa Tamil. Keluarganya berasal dari Pulau Pinang, jadi mungkin bahasa tersebut sudah sebati dengan dirinya.

Mungkin juga beliau ada mempelajari bahasa Tamil sewaktu membesar kerana sering berkomunikasi dengan keluarga besarnya dalam bahasa itu.

Pada saat negara dicemari insiden kenyataan rasmi dalam bahasa Cina oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mungkin inilah ‘budaya’ sebenar yang ingin diterapkan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Mengambil semangat ‘Malaysia Baharu’, menteri serta pemimpin kerajaan PH kini boleh menggunakan bahasa apa sahaja yang disukai dalam setiap urusan rasmi kerajaan.

Ini termasuklah dalam mengeluarkan kenyataan rasmi atau pun bercakap dengan petugas media dalam sidang akhbar yang diadakan.

Sedangkan Perlembagaan Persekutuan juga berani dicabar, tidak mustahil sekiranya kerajaan PH terus melakukan keputusan yang tidak boleh diterima rakyat.

Lihat sahajalah situasi sejak PH menakluki Putrajaya, sudah terlalu ramai rakyat yang mengundi mereka tempoh hari sudah mula rasa menyesal berbuat demikian.

Yang penting, bagi PH yang kini dilihat sebagai boneka DAP, semua ini adalah salah orang Melayu sendiri. Siapa suruh tidak reti berbahasa Cina dan Tamil? –MYNEWSHUB.CC


MR : Lagi bagus buat kenyataan dalam tulisan Tamil macam Lim Guan Eng, lagi nak tunjuk Bahasa Melayu sudah tak releven lagi. Orang Melayu sendiri pun tak hormat bahasa sendiri.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Obama fasih berbahasa Indonesia. Ia adalah aset tambahan. Aset ini bukan untuk di tunjuk-tunjuk. Yang ditunjuk adalah bahasa ibunya (bahasa ibunda) iaitu English. Bukan itu saja aset tambahan yang ada, Obama juga boleh berbahasa Kenya dan beberapa lagi. Semua itu juga aset tambahan, bukan untuk ditunjuk tunjuk.

    BalasPadam