Header Ads

ads header

Flash News

Mana Semak, Imbang Dalam Kerajaan Baharu?


KEBEBASAN bersuara ialah antara nilai progresif yang menjadi antara tuntutan utama Pakatan Harapan sejak belum menjadi kerajaan.

Harapan yang diberikan kepada rakyat menggunung tinggi dan memberi gambaran yang keadaan akan berubah drastik kalau mereka memerintah.

Tetapi, perkembangan terkini seperti projek ECRL yang dijalankan semula selepas sedikit “penyelarasan”, isu kenyataan rasmi kerajaan dalam bahasa Cina dan janji-janji manifesto yang gagal dilaksanakan mendedahkan gambaran itu semakin kelam.

Kerajaan akan terus mempertahankan dirinya demi mempertahankan dan mengekalkan kuasa walaupun telah melakukan kesilapan demi kesilapan.

Kes kenyataan rasmi dalam bahasa Mandarin menjadi contoh bagaimana tindakan salah tidak ditegur oleh kalangan ahli sendiri dengan tegas.

Ditambah lagi dengan isu kawan-kawan baik Perdana Menteri terlibat dalam projek yang sebelum ini dikatakan batal tetapi diteruskan semula.

Terlalu banyak yang tersirat dan yang berlaku di belakang tabir yang memerlukan jawapan tetapi nampaknya semua itu diabaikan.

Mungkin mustahil untuk mengharapkan mereka menegur pemimpin mereka sendiri tetapi itulah semak dan imbang dalaman yang penting dan diperlukan.

Budaya troll dan kempen mereka di media sosial telah menjadikan semua membisu bila timbul isu-isu sensitif.

Hampir semua ahli dan penyokong mereka nampaknya kesipuan sendiri dan mengalih tumpuan pada orang lain pula.

Mungkin kuasa yang baru mereka perolehi dan kerakusan yang ditunjukkan telah menakutkan ramai pihak sehingga tidak berani bersuara.

Senarai mereka yang mahu dibuang dan disingkir masih panjang, dan pasti agenda ini sedang berjalan.

Isu mengharapkan sentimen anti-Najib dan anti-UMNO masih membelenggu kerajaan baharu, hingga mereka nampaknya terus mengharapkan sentimen ini.

Walaupun sudah hampir dua bulan berkuasa, tumpuan pada kononnya “memperbaiki kerosakan” sangat berlebihan hingga kerja asasi mentadbir negara seolah-olah diabaikan.

Laungan slogan kebebasan bersuara perlu mereka buktikan sendiri dengan segera menegur dan memperbetulkan kesilapan pemimpin-pemimpin mereka sendiri. – Mynewshub.cc


MR : Sikap kerajaan baru yang tak boleh ditegur atas kesalahan menunjukkan kerajaan kearah suatu pemerintahan "sekular diktator"....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Itu sebablah saya dahulu ingatkan semua sahabat dalam PAS supaya jangan anggap prestasi kita dalam PRU 14 sebagai kekalahan tetapi jadikannya satu peluang untuk menyatukan umat Islam.
    Nah , lihatlah peluang yang ada sekarang ini. PAS perlu terus bersikap "gentleman" , menyantuni orang-orang Melayu untuk sama-sama bersatu bawah payung Islam. 5 tahun tak lama beb. Usahakanlah sepertimana usaha nabi dan para sahabat usahakan dalam tempoh perjanjian Hudaybiyah. Dalam tempoh itu Mekkah secara beransur-ansur dikuasai tanpa tumpah darah.

    Ambillah contoh ini.
    Hari ini Madinah. Esok lusa Mekka.
    Hari ini Pantai Timur , Esok lusa Putrajaya.

    Semoga beroleh kemenangan PRU 15. Ayuh usahakanlah 100% undi Melayu bagi Gagasan Sejahtera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaik.. saya setuju.. Semoga Allah S.W.T. istiqamahkan kita semua dalam perjuangan suci ini bersama PAS selamanya.. Aamiin..

      Padam
    2. Dah ada dah tanda2nya...

      Padam
    3. Yup.. Setuju.. Kukuhkan barisan. Mantapkan hubungan dgn Allah.. Perbaiki iman , amal, dan ukhwah.. Perlu diingat, tanpa hubungan yg betul dgn Allah swt, tidak mgkn akan ada pertolongan Allah swt.

      Padam
  2. Mempercayai bahawa 'semak dan imbang' akan di berikan laluan khas oleh PH adalah seumpama memberikan kerestuan kepada pembiayaan kereta nasional 2 setelah PH sekeluarga mengaku akan membeli kereta nasional.

    Kalau pengkagum sendiri kena berdepan kemungkiran demi kemungkiran apatah lagi bukan pengkagum. Supaya tidak tidak dibohongi berulang kali, pasangkan ingatan bahawa janji sifar adalah sebahagian dari DNA puak2 hippo.

    BalasPadam
  3. Mantan calon calon PAS Pru14, kena cakna turun padang.... Peluang dan Ruang terbentang luaskan.... Jgn tunggu Tahun Akhir menjelang PRU15,,,, baru mau turun....

    BalasPadam
  4. PAS jgn berangan nak satukan org islam kalo masih ada lagi nazir masjid atau pengerusi surau x bagi jemaah dakwah iktikaf masjid/surau. Jemaah ni jumpa setiap org islam ajak mereka suka pd islam.

    BalasPadam