Header Ads

ads header

Flash News

Kisah pembunuhan Altantuya mengikut laman The Third Force


Banyak versi mengenai misteri pembunuhan model Mongolia yang mempunyai 2 orang anak. Kami bawa satu versi daripada laman The Third Force bersumberkan kepada facebook Sheng Dong.

Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).

Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.

Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah).

Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA

Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene

1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah

a) Mokhzani Mahathir dan
b) Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi proxy Daim Zainuddin)

2) Pada mulanya rundingan di lakukan melalui Syarikat Perimekar Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Pengarah Syarikat Perimekar pula ialah

a) Laksamana Muda (Rtd) Hussin Tamby dan
b) Mazlina Makhzan iaitu isteri Abdul Razak Baginda.
(Sila rujuk FAKTA 2 dan FAKTA 3)


3) PENGLIBATAN ALTANTUYA

Sebenarnya Altantuya langsung tidak terlibat didalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene dan nama Altantuya hanya digunakan untuk memfitnah Najib. Pandangan saya ini adalah berdasarkan pada keterangan Abdul Razak Baginda, dimana beliau telah memberitahu Mahkamah bahawa

a) Beliau hanya mula mengenali Altantuya pada akhir 2004,
b) Sementara rundingan pembelian kapal selam Scorpene bermula pada tahun 2000
c) Dan perjanjiannya Scorpene dimuktamatkan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2002.
d) Semasa rundingan diadakan, seorang warga Inggeris bernama Martin Hill, telah bertindak sebagai jurubahasa kerana beliau fasih dalam bahasa Perancis,
(Sila rujuk FAKTA 4)

4) MAHATHIR JUGA TERLIBAT

Semasa rundingan dimulakan sehingga perjanjian pembelian dimuktamatkan

a) Perdana Menteri Malaysia ialah Mahathir
b) Menteri Kewangan juga ialah Mahathir

Jadi sebagai sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, adalah mustahil Mahathir tidak tahun tentang kos pembelian Scorpene kerana yang akan menyediakan dan meluluskan bajet ialah Kementerian Kewangan.

Slogan Bersih, Cekap dan Amanah ialah slogan yang digunakan Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Tetapi rupa-rupanya Mahathir TIDAKLAH BERSIH dari skandal seks (sila rujuk FAKTA 5). Jika kita renung betul-betul wajah-wajah ANAK ANGKAT Mahathir iaitu Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir, maka kita dapati bahawa wajah-wajah mereka adalah SEIRAS dengan wajah-wajah anak-anak Mahathir yang lain seperti Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina (sila rujuk FAKTA 6).

Selain daripada itu, mengikut ajaran Islam, jika Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir adalah anak angkat Mahathir maka adalah HARAM bagi mereka di BIN kan atau BINTI kan kepada Mahathir (sila rujuk FAKTA 7)
Memandangkan Mahathir juga adalah kaki perempuan, maka wujud kemungkinan Mahathir juga mempunyai skandal dengan Altantuya sehingga menyebabkan Altantuya mengandung (sila rujuk FAKTA 8).

5) SIAPA SIRUL AZHAR

Sirul Azhar pernah menjadi bodyguard Mahathir semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri (sila rujuk FAKTA 9). Jadi ada kemungkinan yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya ialah Mahathir kerana hendak menutup perhubungan sulit antara mereka berdua.

Selain daripada itu, tugas Sirul ada seorang bodyguard Perdana Menteri. Beliau memulakan kareernya sebagai bodyguard Mahathir dan selepas Mahathir letak jawatan, beliau telah menjadi bodyguard Pak Lah. Memandangkan Sirul adalah seorang bodyguard Perdana Menteri iaitu Mahathir dan Pak Lah sehingga beliau ditangkap atas tuduhan membunuh Altantuya pada tahun 2006 (sila rujuk FAKTA 10) maka tidak mungkin Najib yang keluarkan arahan kepada Sirul untuk membunuh Altantuya kerana Najib hanya dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 iaitu TIGA TAHUN selepas Sirul ditahan atas tuduhan membunuh Altantuya

Jadi soalan saya pada Mahathir ialah: SIAPA YANG LEBIH RAPAT DENGAN SIRUL SEHINGGA BOLEH KELUARKAN ARAHAN UNTUK MEMBUNUH ALTANTUYA

FAKTA 1 – Malaysia tidak mohon ekstradisi Sirul – Dr Mahathir – Front Desk

8 Jun 2018
PUTRAJAYA, 8 Jun: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak membuat permohonan agar Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh diserah balik kepada negara ini.

Beliau berkata bekas anggota polis itu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak dibenarkan dihantar pulang.

“Sirul tidak boleh balik ke Malaysia kerana Australia tidak benarkan orang yang mungkin akan digantung sampai mati balik ke negara mereka sebab undang-undang di negara itu.

“Kita mungkin akan membatalkan hukuman gantung ke atasnya dan mungkin diganti dengan hukuman penjara sebagainya supaya dia boleh kembali ke tanah air,” kata Dr Mahathir pada sidang media, di sini hari ini.

http://www.frontdesk.com.my/…/malaysia-tidak-mohon-ekstrad…/

 

FAKTA 2 – Scorpene: Siapa Terlibat?



Pencadang asal program kapal selam Malaysia ialah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi pihak Daim Zainuddin). Mereka mencadangkan membeli kapal selam Jenis Jerman versi 212 (reka bentuk Jenis Bebas 209) melalui sebuah syarikat bernama Perimekar Sdn Bhd, yang beroperasi dari banglo di Jalan Lembah Ledang off Jalan Semantan di Kuala Lumpur.

Posted on 5th August 2017
Facebook Link
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=498523400507899&id=100010507293309

 

FAKTA 3 – Kapal selam – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Perundingan ini telah dijalankan menerusi satu syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd, untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene dan satu kapal selam terpakai bernama Agosta yang dihasilkan oleh kerajaan Perancis di bawah satu usahasama Perancis-Sepanyol, Armaris. Pada masa itu Perimekar telah dimiliki oleh satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kapal_selam…

 

FAKTA 4- Altantuya no role in Scorpene deal, negotiator claims | Malaysia | Malay Mail

Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara perjanjian Scorpene yang memasuki perundingan pada tahun 2000, disimpulkan, dua tahun kemudian.

Laporan khas menimbulkan keraguan tentang perlunya menyewa Altantuya sebagai jurubahasa, ketika faktanya adalah semua rundingan dengan syarikat Perancis dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
Pasukan Perancis, sebenarnya, pada mulanya dipimpin oleh seorang Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih dalam bahasa Perancis, laporan itu dinyatakan.

Selain itu, dalam pemetaannya kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, pengurus pemasaran bekas Pengarah Urusan des Construction Navales Services untuk Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu penyiasat bahawa tidak ada keperluan juru bahasa kerana rundingan dalam bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, ia dilaporkan.
Jasbir bertanya-tanya mengapa tidak ada yang mempersoalkan kredibiliti tokoh pembangkang yang telah menerima aduan untuk menunjukkan gambar Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, yang dikatakan di sebuah restoran Paris.

“Dengan kemasukannya sendiri, perkara ini adalah perkara peribadi antara Abdul Razak dan Altantuya. Berurusan dengannya tidak ada kaitan dengan perjanjian Scorpene.
“Adalah malang bahawa ia bertepatan dengan garis masa kami (perjanjian kapal selam). Razak adalah satu-satunya penyebut biasa dalam perkara ini. Beliau adalah satu-satunya pautan, dan yang lemah, paling baik, “katanya.

https://www.malaymail.com/…/altantuya-no-role-in-scorpene-d…

 

FAKTA 5 – Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao

Rafidah menjadi kaya bukan kerana perbuatan rasuahnya tetapi kerana dia tahu rahsia dan perilaku moral Mahathir termasuk rahsia berkenaan skandal seks.

“Kita lihat pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, Rafidah ini boleh berkata apa-apa dan diberikan ruang memegang portfolio penting menguruskan perdagangan luar negara termasuk menguruskan AP barang-barang import dari luar negara ke Malaysia.

Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao
Anwar ada menyebut berkenaan hubungan sulit Mahathir ini di beberapa pentas ceramah reformasi dan dia ada sebut berhubung skandal seks melibatkan orang yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

https://www.smasanews.com/…/7405-rafidah-aziz-simpan-rahsia…

 

FAKTA 6 – Pernah Dengar Cerita Siti Hasmah Mengamuk Mahathir Nikah Gadis Belasan Tahun?

Lihat wajah anak-anak kandung Mahathir yang kaya raya malah antara terkaya di Asia, ada iras muka atau wajah mereka dengan Mazhar, si anak angkat tersebut. Malah wajah cucu Mahathir yang perempuan, anak kepada Menteri Besar Kedah juga dilihat mempunyai iras wajah yang sama.

Bagaimana anak angkat boleh hampir sama saja mukanya dengan anak atau cucu kandung Mahathir? Atau sememangnya Mahathir memilih anak angkat bersyarat muka yang sama?

Pernahkah anda dengar tentang Mahathir didakwa nikah gadis belasan tahun?

Walaupun ketika itu tiada internet tetapi akhbar yang pro pembangkang sudah wujud dan mempunyai ramai pembaca. Walaupun jawapan ketika itu bukannya seperti zaman digital iaitu adanya kekangan masa yang bukannya boleh respon “real time” namun dikatakan Mahathir mengambil masa yang lama untuk menjawab. Dan menurut otai-otai politik, Siti Hasmah yang jawab pada awalnya dan bukannya Mahathir. Dan sehingga ke hari ini Mahathir dilihat takut untuk menjawab.

http://www.azmykelanajaya.com/…/pernah-dengar-cerita-siti-h…

 

FAKTA 7 – Haram nasab anak angkat kepada bapa angkat

Hukumnya haram menasabkan seseorang anak angkat kepada bapa angkatnya. Ini bererti dalam Islam adalah ditegah seorang yang mengambil anak angkat lalu dibinkan kepada bapa angkatnya.
Hukum ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak kamu sendiri…*
(Surah Al-Ahzab: ayat 4)

dan dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:
“Panggillah anak-anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.
(Surah Al-Ahzab: ayat : 5)

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…

 

FAKTA 8 – Anwar Ibrahim » Blog Archive » Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa Dia Dibunuh?

Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung
http://anwaribrahimblog.com/…/altantuya-shaaribuu-bagaiman…/

 

FAKTA 9 – Sirul Bekas Pengawal Peribadi Mahathir Rupanya | MYKMU.NET

Tapi mengejutkan hari ini bila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad (90 tahun) mendedahkan apa yang selama hari ini kita tidak tahu bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadinya. Terlintas di kepala penulis, jika melihat kepada pendekatan Najib dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tak adakah siapa yang nak menuduh Mahathir terlibat dalam konspirasi pembunuhan tersebut?

https://mykmu.net/…/sirul-bekas-pengawal-peribadi-mahathir…/

 

FAKTA 10 – Kronologi kes pembunuhan Altantuya

Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya:

2006:

26 Okt: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.

6 Nov: Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.

7 Nov:
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

15 Nov: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1.00 pagi hari berikutnya.

16 Nov: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.

2007:

19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.

Sumber: Shen Dong


MR : Dunia hari ini sangat sukar mendapatkan maklumat yang benar, kadangkala kita dikaburi dengan berita palsu seolah-olah benar dan berita benar seolah-olah palsu. Sebaik-baik dapatkan pembacaan daripada pelbagai sumber untuk kita meneliti dan memahami...

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Awal tahun 2000 dan sebelumnya adalah era 'kabur' bagi isu yang melingkari pihak berkuasa, politik, politikus dan skandal2. Blog berdepan roadblock, gosip dipantau pak Isa.

    BalasPadam
  2. Blog fitnah ni.. Byk betul dosa yg kamu dpt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang fitnahnya...bukak la minda tu sikit atau pergi mintak pada tuan kamu janji 100 hari manifesto tu.Sendiri berjanji sendiri memungkiri MUNAFIQ.

      Padam