Header Ads

ads header

Flash News

Beraidilfitri di negeri Umno


BIASANYA Hari Raya Aidilfitri kedua saya sekeluarga berhari raya di kampung barang dua tiga hari. Tetapi tahun ini hari kedua itu kami ke Pahang kebetulan ipar yang paling kanan tinggal di Kuantan.

Di samping mahu berhari raya bersama keluarganya, saya memilih Pahang kali ini ialah untuk berhari raya di negeri yang masih diperintah Umno. Di situ saja di samping sebuah negeri lagi iaitu Perlis dimenangi Umno /BN dalam PRU14 lalu.

60 tahun negara ini dan kebanyakan negerinya diperintah Umno/BN kecuali Kelantan dan Pulau Pinang. Pada PRU kali ini seminggu sebelum puasa habis berguguran kecuali di Pahang dan Perlis saja, dua negeri yang paling rendah pendapatannya mengikut suasana ekonomi sekarang.

Dulu ia bersama Terengganu dan Sarawak sebagai negeri termiskin tetapi Terengganu dan Sarawak negeri yang berminyak yang jika ditunaikan royaltinya 5 peratus nescaya jadi negeri yang berada dan jika ditunaikan manifesto Harapan hendak memberi 15 peratus royalti maka lebih makmurlah ia.

Akan tetapi Pahang yang dipercayai jutaan tahun dulu antara wilayah bergunung berapi kerana tanah sekeliling Beserah adalah jenis tanah yang ada gunung berapi. Maka hidup Pahang selepas merdeka ditampung oleh pemerintahan bapa angkatnya Barisan Nasional yang berkuasa di pusat.

Tetapi sekarang bapa angkat itu sudah kalah di pusat dan negeri-negeri lain selain dari Pahang dan Perlis. Dan jika Harapan pula jadi macam BN selama 60 tahun lalu menganak tiri kerajaan bukan BN seperti yang dialami Kelantan dan Terengganu 1999-2004, maka nescaya mengemislah Pahang kecuali Adun Umno itu beramai-ramai meninggalkan Umno dan masuk Harapan.

Suasana sekarang sudah tiada BN lagi. Yang tinggal adalah Umno dan Pahang sekarang adalah negeri terakhir Umno. Umno pula nasibnya lebih teruk dari PAS. Umno dan PAS sama-sasma dapat dua kerajaan negeri, tapi negeri yang dapat dua-duanya berminyak. Pahang dan Perlis terpaksa ikat perut.

Maka eloklah beraya di Pahang untuk melihat keadaan di Pahang dan kebarangkalian kali terakhir untuk Umno. Masa depan belum tentu ada lagi. Selama ini kita diperintah Umno. Apabila Umno yang tinggal di Pahang saja, untuk menghilangkan gian dedak Umno itu kami beraya di Pahang sebelum ia tiada lagi.

Oleh kerana negeri itu saja yang Umno masih berkuasa tidak terasa berbeza sangat. Di Pahang saja yang ada hari terbuka yang tuan rumahnya kerajaan Umno. Di negeri lain hari terbuka dituanrumahkan oleh kerajaan Harapan dan PAS. Bagi Umno di mana saja yang hendak hadir ke rumah terbuka anjuran Umno kena pergi ke Pahang saja. Sekalipun di Kedah dan Perak kerajaan Harapan masih macam telur di hujung tanduk, tapi Umno bukan jadi tuan rumah terbuka di Ipoh dan Alor Setar.

Rakyat Pahang tidak terasa sangat kerana hari rumah terbuka masih besama dengan Menteri Besar Umno dan MB Umno boleh memberi duit raya kepada kanak-kanak. Cuma Menteri Besar lama Datuk Seri Adnan Yaakob tidak ke depan lagi. Dia ke tepi sikit. Tidak bersalam dengannya. Semua orang hendak bersalam dengan Menteri Besar dan exco baru.

Tapi Tok Nan masih bersama, cuma dia di tepi seperti orang lain yang ramai itu.

Orang berhari raya di Pekan masih beduyun-duyun ke rumah terbuka Datuk Najib. Macam masa Perdana Menteri juga. Diapun tidak hendak ke mana lagi. Dua tiga hari berada di Pekan.

SUBKY LATIF


MR : Hampir sama aje beraya di negeri UMNO atau dinegeri Pakatan Harapan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Bubar sahajalah UMNO. Dah tak relevan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I beg to differ, PAS mungkin laku di pantai timur tapi kalau kamu pergi ke pantai barat, PAS ni dipandang sebagai parti kampung je. Memang le pahit bagi penyokong PAS nak telan tapi itule hakikatnya. Nak tak nak kene revive kan dulu UMNO sementara PAS dapat bertapak di bandar2 terutamanya di pantai barat.

      Padam
    2. Betul tu... masyarakat di pantai barat bukan sekadar melihat PAS sebagai parti kampung, bahkan lebih menyedihkan mereka mengganggap Islam itu sendiri dan perkara yang berkaitan dgn agama Islam sebagai sesuatu yg janggal & ketinggalan...
      Kebanyakkan generasi muda melayu sudah menukar mind set memandang bangsa cina & agama kristian lebih berprestij dari agama dan bangsa sendiri.

      Padam
    3. Adalah amat menyedihkan jika sebilangan orang Melayu yang mendakwa konon diri mereka beragama Islam tetapi cara hidup mereka mengalahkan orang putih atau orang kafir. Cuma nama sahaja berunsur Islam.

      Bila jumpa sesama mereka, mereka mengucapkan good morning atau selamat pagi dll bukan salam cara Islam. Aurat pula dibiarkan terdedah dan rambut pula diwarnakan seperti orang putih sehinggakan mandi wajib pun tidak sah maka solat juga tidak sah.

      Golongan ini adalah golongan jahil murakkab yang memandang remeh kepada ajaran Islam, perjuangan Islam dan jemaah Islam seperti parti Islam PAS sebab mereka terpengaruh dan terikut-ikut kehidupan Barat tanpa alasan yang rasional dan munasabah .

      Dan idol mereka bukan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi artis-artis dan penyanyi kafir dan Melayu yang hidup bergelumang dalam dosa. Dalam drama, mereka berlakon watak 'suci', di luar drama mereka menari dan mabuk dalam disko dll.

      Bahkan drama lakonan mereka pun menonjolkan kehidupan orang putih dan nilai-nilai barat sahaja dan lelaki dan perempuan bebas bersentuhan kulit termasuk berpelukan dan tiada nilai-nilai Islam.

      Dan sebilangan orang di antara mereka minum arak, berjudi berzina, tipu menipu dan tindas menindas dll dan mereka berbangga melakukan dosa besar. Bahkan mereka bebas makan di restoran kafir yang menghidangkan arak dan resipi babi dll tanpa memikirkan masalah halal haram.

      Mereka juga suka menggunakan akal jahil murakkab mereka untuk membuat 'fatwa' syok sendiri untuk menentang ajaran Islam kerana mereka terpengaruh dengan sekularisme, liberalisme atau pluralisme yang bertentangan dengan Islam.

      Maka kita tidak terkejut melihat mereka menolak hukum Islam dan parti Islam dan mengundi calon munafik dan calon kafir dalam PRU 14.

      Semoga Allah memberikan mereka HidayahNya.

      Padam
  2. Sombong sungguh menghina umno cara halus ...itulah manusia lupa segala jasa..walau pn parti pemerintah pusat adalah kelompok yang bercampur ugama dan bangsa yang pasti mengenepikan islam dan perlembagaan dan ydpa.kerajaan Dap yang ber pm kn puppet tua .

    BalasPadam
  3. Umat islam perlu bersatu tolak puak libral dan munafik kerana mereka akan menyokong dasar kerajaan baru walaupun merugikan agama islam dan bangsa asal tanah melayu. Dap akan lebih beradap sekiranya puak libral dan munafik ditolak oleh umat islam. Pada pentaksup ph buka mata buka hati teliti tiap tindakan kerajaan boneka baru.

    BalasPadam
  4. Walaupun di pantai barat Pas telah ditolak oleh pengundi tetapi aktiviti Islam masih semarak dan berjln lancar, mungkin puak munafik saja yg melihat Islam di pantai barat terpinggir kerana mata hati mereka telah buta.

    BalasPadam