Header Ads

ads header

Flash News

Teori Taburan Penyokong Pakatan Harapan


Jika dilihat trend sokongan PRU14 mengikut geografi, sangat pelik. Ia benar-benar tertumpu di arah Zon Pantai Barat dan Selatan. Apabila tiba di Zon Tengah dan Utara, ia mulai lemah. Dan lenyap terus di Zon Pantai Timur.

Ada beberapa teori yang dirasakan logik, tetapi jika difikirkan tetapi, agak tidak munasabah. Antara teorinya:

1. Teori: Komposisi kaum
Fakta: Di kawasan majoriti tinggi melayu Pantai Barat juga PH menang. Di UPU melayu kawasan Selatan juga PH menang. Di Pahang ramai juga bukan melayu tetapi BN masih menang.

2. Teori: Perbezaan Strata
Fakta: Ada kawasan bandar yang PH kalah, dan ada kawasan pedalaman yang PH menang. Ramai juga perantau Kelantan dan Terengganu di Pantai Barat dan Selatan tetapi tidak terpengaruh.

3. Teori: Akses media atas talian
Fakta: amat sedikit kawasan di Malaysia yang tidak menerima akses internet dan talian. Juga ramai pengundi Pantai Timur adalah perantau.

4. Teori: Banyak majlis agama
Fakta: Masjid dan surau Pantai Barat lebih meriah dengan aktiviti. Ramai ustaz Pantai Timur dan Utara bertumpu di sana. Masuk sehingga ke pejabat dan tempat awam. Di Kedah banyak majlis ilmu tetapi tetapi PH banyak menang.

Ada teori lain yang agak konspirasi. Tetapi dari sudut logik, ia amat munasabah dan disokong dengan fakta. Berkait geopolitik dan teknologi. Fakta yang jelas, barat menyebelahi PH (sejak PRU13 lagi), dan banyak tawaran PH dalam pilihanraya menguntungkan dasar luar dan agenda barat.

Ada dua pendedahan terkini yang agak 'make-sense' untuk diperhalusi. Pertama kajian post-mortem pakar geopolitik berpusat di Bangkok , Tony Cartalucci:
https://m.journal-neo.org/2018/05/17/extensive-us-meddling-in-malaysias-general-election-revealed/

Kedua, pendedahan media Rusia tentang dokumen sulit US:
https://www.google.com/amp/s/www.rt.com/news/424734-us-counterterrorism-center-mind-control/amp/



Gambarajah di bawah adalah taburan kasar kerusi DUN PH seluruh Semenanjung. Betul-betul berpusat. Seolah-olah seperti wabak bawaan udara. Melanda Pantai Barat dan Selatan, semakin berkurangan di Zon Tengah dan Utara, dan lenyap di Pantai Timur.

Apa yang anda faham daripada gambarajah? Terutama bulatan ungu tu.

Fakta tambahan, ramai juga orang PAS byat keputusan saat akhir undi PH di Pantai Barat dan Selatan. Dapat tahu bila masing-masing mengaku dan menyatakan kekesalan atau beralasan memujuk diri selepas itu. Seolah-olah waktu mengundi, tak boleh fikir dengan waras.

Alang Ibn Shukrimun


MR : saya lebih berpendapat mood rakyat benci Najib melebihi segala-galanya. Mood ini bersifat semasa.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

15 ulasan:

  1. Tanda di dinding sudah nampak tapi buat2 tidak nampak. Hanya setelah nasi jadi bubur basi baru perasan bahawa tanda2 itu memang ada di dinding itu. Nak kikis pun dah tak guna lagi.

    BalasPadam
  2. Hanya skdr pandangan peribadi,saya merasakan undi daripada kaum hawa yg bnyk membantu kemenangan PH kali ini,sama seperti BN sebelum2 ini. Maaf cakap,tetapi ramai dari kaum hawa ini sebenarnya tidak begitu cakna tentang politik. Kesedaran politiking mereka dalam kadar yang minimum. Hanya sekadar mengikut dalam kalangan atau kumpulan sosial mereka sahaja. Ramai yang tidak ambil endah atau mahu berfikir dalam2,atas alasan perkara ini memberatkan. Juga ramai yg memikirkan,sekira PAS yang memerintah, segala bentuk hiburan yang mereka suka akan disekat,kerana fitrah mereka ke arah itu. Inilah yang dimomokkan oleh BN sebelum ini,dan juga PH. PRU kali ini,atas sentimen 'undur Najib',punca keperitan kos hidup,mereka memilih mengundi PH bukan PAS,kerana takut hilang perkara2 hiburan yg mereka sukai. Sekali lagi maaf,saya tidak kata semua,tetapi kebanyakannya begitulah.. Maaf,hanya pandangan peribadi

    BalasPadam
  3. Ada kawasan yang mana jumlah undi BN adalah 6000+, Pas 6000+ dan PH 6000+. PH menang dengan majoriti kurang 500 saja. Ini bermakna di masa depan kawasan sebegini elok ada muafakat.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya undi menolak najib Dan pas di canang sebagai kawan Baik Dan Talian hayat bagi umno.sebab itu undi dari pas terbagi Dua.org pas sendiri termakan dakyah Dr PAN Dan PH.ramai juga pengundi mahu najib di jatuhkan.

    BalasPadam
  5. Saya x pandai berkaitan yg ini tapi ada perkara yg perlu di kongsi
    1. Tawaran pas bergitu hebat.. Tapi gerak kerja x dak.. Hanya sambutan dingin
    2. Kurang liputan media.. Kita boleg lihat di youtube.. Pihak ph buat video yang mmg menarik minat
    3. Gerak kerja yg memang kurang. Maaf cakap.. Banyak di masjid2.. Sedangkan sepatutnya kena lebih advance.. Terutamanya di kawasan bandar
    Harapnya pas akan buat yang terbaik utk pru akan datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat yg bernas semuga dihargai oleh pucuk pimpinan Pas,Pas tidak boleh bergantung kepada Harakah semata2 utk menyampaikan maklumat.

      Padam
  6. Pru14 lebih kpd misi org umno nk jatuhkan najib...
    Bg diaorang najib terlalu lemah semntara tu mahathir pun dh jd ketua
    pmbangkang..
    Bg org umno pantai barat diaorang x terliur pun dgn parti pmbangkang yg lain kecuali ppbm..
    Parti pmbangkang yg lain hnye jadi batu loncatan mereka je..
    Klau umno reform diaorang akn swing balik..
    Kene ingat 60 tahun umno memerintah disebabkan ahli mereka yg pndai mencatur kemenangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul 2.59...kawan2 saya di selangor ramai pangkah pkr hanya semata mata nak letakkan subtance untuk bn tumbang. In fact dah ada yang nyesal pun berikutan isu liberalism dan sekularism. Truth is diorang sokong pas. Semoga pas terus istiqamah.

      Padam
  7. aku x kisah asalkan nk ke dasar islam aku undi. yg lain kalu nk bagi , bonus bagi aku purely beliave on this'kejar akhirat,dunia akan follow'

    BalasPadam
  8. Kita dah berusaha tapi keputusan ditangan Allah..
    Untuk Pru15 mohon pimpinan Pas gunakan jentera unit Amal dan Ngo2 bermula dari utara ke selatan brain storm blk pemikiran pengundi

    BalasPadam
  9. PAS kena ada Muslimah yg power dengan gerak kerja tersusun...

    BalasPadam
  10. PAS difitnah mesra BN dan menjadi tongkat DSN serta Umno atau menyokong perompak sedangkan semua pimpinan PAS menentang salah laku BN.Umpan ini amat malang kerana ditelan oleh termasuk yang mengaku agamawan. Contohnya membaca tulisan seorang pendakwah bebas yang bernama Sifu dalam Sinar Harian masih lagi seperti berada dalam gua dengan menyindir semua kerja gerakan Islam PAS.Beliau ketinggalan keretapi apabila PH yang dipuja melangit juga akhirnya ber UG dengan BN di Perak dan Kedah iaitu orang yang beliau kata perompak.Fitnah seperti mengkafirkan orang dan solat 2 imam masih dicanang sedangkan isu itu sudah tidak berbangkit di zaman maklumat ini. Pendakwah sepatutnya neutral dan tidak berfikiran dangkal serta sepatutnya tidak menulis tanpa kajian,pengalaman sendiri kecuali memetik dari sumber lidah golongan fasiq

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...dia punya ulasan pun seolah2 mcm astora jabat yg entah ke mana la ni

      Padam

  11. KABAR BAIK!!!

    Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Tanpa biaya transfer,
    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Tanpa biaya pendaftaran,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    BalasPadam