Bersatu + PKR + xUMNO = BN 2.0
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menerima anggota Umno selepas mereka keluar parti dan menjadi bebas terlebih dahulu.
"Kami memang terbuka untuk sesiapa yang bersama dengan kita, sebab kita nakkan rakyat bersatu untuk membina negara ini semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Lembah Pantai hari ini.
Walaupun mengakui terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan parti politik, Wan Azizah menekankan bahawa HARAPAN merupakan kerajaan untuk semua.
Sebelum ini, Mahathir berkata HARAPAN tidak akan menerima anggota Umno menyertai parti itu.
Ini berikutan ketidakpastian berhubung status undang-undang terhadap parti Melayu itu.
Sebelum ini seramai 16 bekas anggota Umno memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan Umno melanjutkan pemilihan parti itu.
Semalam, Mahathir memberitahu BERSATU menerima banyak permohonan untuk menyertai parti itu selepas PRU ke-14, termasuk di kalangan anggota Umno.
Mahathir berkata permohonan berkenaan akan diterima selepas individu terbabit memenuhi syarat ditetapkan.
"Untuk orang Umno, BERSATU putuskan mereka boleh menyertai parti ini selepas mereka mengisytiharkan keluar dari Umno dan menjadi bebas, kemudian nyatakan pendirian terhadap kerajaan HARAPAN, barulah kami boleh pertimbang untuk menjadi ahli," katanya.
SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR
REUNION PERIUK+ BELANGA, BERSATU in process take over grass root UMNO. UMNO x boleh hidup tanpa cash is king
BalasPadamhahaha muka PKR kaki tangan DAP PAN tapi
Padamotok UMNO. Santapan asasi pengundi 5 juta
Biarkan depa dgn agenda depa.. Yg penting PAS dan pencinta kesejahteraan kena kuat dan Istiqamah.. Kna byk hadir program kuliah dan usrah.. InsyaAllah kita akn selamat dunia dan akhirat.. Wa'Allahualam..
BalasPadamSemoga tingkahlaku mereka ini menjadi asbab untuk rakyat berfikir bahawa perjuangan Islam mesti diutamakan sebelum perkara lain. Kejar akhirat, dunia akan tunduk mengikut.
BalasPadamRasa macam kena dipermainkan pun ada. Lanun nak sucikan diri dgn cara pindah ke kapal baru. Alhamdulillah pas tidak perlu berdepan penyakit2 basi mcm ni. Tenang tapi tegas.
BalasPadamIngatkan dah free rupanya tidak.
Kapal baru pun lanun gak...lagi besar
Padaminilah HIKMAH PAS x menyertai PH. MANUSIA merancang tp ALLAH sebaik baik perancang
BalasPadammohon yang terbaik utk parti yg dasar islam. FASTAQIM
Aku rasa najib dan pemimpin umno akn berebut2 nk naik kapal baru BN V2.
BalasPadamtunggu 16 september
BalasPadamsiapa, dari mana, akan lompat ke mana
kerajaan baru 2.0 akan bersinar!
Pentadbir baru kelam kabut dan rakyat miskin terus terpinggir dari arus kemakmoran. Ini tidak boleh berlanjutan untuk 1 tahun, apa tah lagi 5 tahun!
PadamKerajaan 16 september adalah mitos tapi mitos yang mampu jadi realiti kalau pentadbiran sekarang terus berkeadaan seropa atau merosot.
Fakta sekarang ialah pembangkang hanya perlukan 14 kerusi untuk lepasi angka 111, yakni angka yang tidak mustahil di capai.
STRATEGI BERBEZA DUA ATOK
BalasPadamLKS mahukan pembangkang yang kuat, yakni bilangan kerusi pembangkang harus banyak bagi mencapai maksud berkenaan. Dalam kata lain LKS semacam tak berkenaan dengan kerusi2 pembangkang beralih2 tempat.
Dalam masa sama PPBM dan PKR giat memberi lorong kepada kerusi pembangkang agar menyeberang. Ia dibuat secara terang dan bersuluh. Bila lorongan mengena, bilangan kerusi pembangkang akan berkurangan dan sekali gus melemahkan suara pembangkang.
Mereka tak cukup kabinet dapur yang berkelayakan.Sampai ada menteri kes rasuah dalam kabinet
PadamWah pakatan sedang menerima keahlian dan kemasukan penyamun-penyamun dari kapal lanun 1.0 yang sedang tengelam untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan kapal lanun 2.0 !
BalasPadamRakyat juga yang kena kencing hancing!
PAKATAN NASIONAL
BalasPadamPKR + PPBM = UMNO 2.0
BalasPadamHukum Islam keras dan zalim = Allah SWT zalim
Bukan aku kata tapi baru sat ni Madey kata
hentam sajalah labuuu
BalasPadamUMNO + MCA + MIC + PPBM + DAP + Amanah + PKR vs PAS. apa pun yg terjadi, kita mesti kuat semangat. terus istiqomah
BalasPadam